Friday, 3 June 2011

Liverpool Hampir Dapatkan 2 Pemain Baru


Liverpool semakin hampir untuk mendapatkan 2 pemain baru untuk mengukuhkan skuad mereka. 2 pemain tersebuat adalah pemain pertahanan Blackburn, Phil Jones dan juga pemain tengah Sunderland, Jordan Henderson. Kedua-dua pemain merupakan pemain muda paling dikehendaki dan mempunyai prospek yang tingi di England kini. Jones hanya berusia 19 tahun dan Henderson pula berusia 20 tahun.

Liverpool bagaimanapun mungkin terpaksa berbelanja besar untuk mendapatkan 2 pemain berpotensi ini. Kedua-dua pemain dikatakan bernilai 15 Juta Pound setiap seorang. Kedua-dua pemain ini beraksi baik untuk kelab masing-masing musim lalu dan menjadi rebutan banyak kelab lain seperti Arsenal. Kenny Dalglish kini dilihat berminat mendapatkan pemain-pemain muda untuk menyertai Liverpool dan mempunyai pelan jangka masa panjang. Pada Januari lalu, Liverpool membeli Andy Carroll yang berusia 22 tahun sebagai ganti kepada Fernando Torres.

Jordan Henderson antara prospek paling hangat di England kini
Liverpool hanya sekadar mengakhiri saingan Liga musim lalu di tangga ke-6 dan terlepas aksi Eropah untuk musim depan. Dalglish mensasarkan untuk kembali mencabar kejuaraan Liga musim depan dan berharap dapat menyertai saingan Liga Juara-Juara Eropah.

1 comment:

  1. dgr2 jose enrique dr newcastle join liverpool..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...