Thursday, 16 June 2011

Kecederaan Paksa Norshahrul Rehat 2 Minggu


Penyerang Kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa melupakan aksi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Myanmar di Kota Bharu sabtu ini apabila mengalami kecederaan. Norshahrul mendapat kecederaan paha sejurus selepas menjaringkan gol tunggal  untuk membantu Kelantan menewaskan Perak 1-0 dalam aksi Liga Super pada selasa.

Norshahrul mungkin terpaksa berehat sekurang-kurangnya 2 minggu kerana kecederaan itu. Ini memberikan peluang tipis kepada penyrang yang berasal dari Besut, Terengganu itu untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menetang Taiwan pada 29 Jun dan 3 Julai nanti. Dia yang juga Penjaring terbanyak Liga Super setakat ini merupakan antara pemain paling penting buat K. Rajagobal dalam pasukan kebangsaan dan ketiadaannya mungkin akan menjejaskan aksi Malaysia nanti.

Stadium Sultan Muhammad ke-4 akan menjadi tuan rumah perlawanan menentang Myanmar
Selain Norshahrul, beberapa lagi pemain kebangsaan turut mengalami kecederaan dan dijangka terlepas aksi perlawanan persahabatan ini. Pemain-pemain itu adalah rakan sepasukan Norshahrul, S. Chanturu, penyerang Johor FC Shahrizal Saad dan pemain pertahanan Perak, Hisyamuddin Shaari. Perlawanan persahabatan menentang Myanmar akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-4, Kota Bharu Sabtu ini jam 8.45 malam.

Penjaring Terbanyak Liga Super 2011
Kedudukan terkini Carta Liga Super

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...