Saturday 18 June 2011

Malaysia Vs. Myanmar; Medan Uji Kemampuan Sebenar

Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Myanmar diatur sebagai persiapan untuk skuad kebangsaan bimbingan K. Rajagobal sebelum menghadapi perlawanan penting menentang taiwan hujung bulan ini untuk kelayakan Piala Dunia Brazil 2014.

Walaupun tidak sempat untuk menjalani persiapan lebih rapi dengan jadual Liga Super yang padat, skuad ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk menewaskan lawan yang berada 23 anak tangga dibawah Malaysia dalam ranking terbaru dikeluarkan FIFA bulan lepas. Untuk rekod, Malaysia kini berada di ranking 144 manakala Myanmar tangga 167. Perlawanan yang akan berlangsung ini juga akan menyumbang kepada mata ranking dunia dan sekiranya keputusan yang baik diperoleh, kedudukan Malaysia mungkin akan naik lagi.

Baddrol mungkin akan digunakan sebagai 'back-up' striker kepada Hadi
Kecederaan penyerang utama, Norshahrul Idlan sedikit merencatkan persiapan negara. Kini Malaysia hanya mempunyai 2 orang penyerang unutk perlawanan malam ini iaitu Abdul Hadi Yahya dan Fakri Saarani. Rajagobal mungkin akan menggunakan strategi seorang penyerang dengan 5 pemain tengah yang akan membantu Hadi di bahagian Serangan. Baddrol Bakhtiar mungkin akan digunakan sebagai 'back-up' striker dan bermain hanya dibelakang Hadi.

Kapten, Safiq Rahim bakal menjadi nadi di bahagian tengah
Di bahagian tengah pula, kapten pasukan Safiq Rahim mungkin akan bergandingan dengan amar Rohidan ataupun pemain Kelantan, Shakir Shaari. Di bahagian sayap pula, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal berkemungkinan besar akan memulakan perlawanan. Bahagian pertahanan pula akan dibarisi Aidil Zafuan dan Rizal Fahmi di tengah sambil dibantu Asrarudin Putra disebelah kiri dan Helmi Remeli di bahagian kanan untuk menghalang lawan menebusi gawang yang dijaga Sharbinee Allawee.

Barisan Kemungkinan Malaysia:

Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Rizal Fahmi, Aidil Zafuan, Asrarudin Putra, S. Kunanlan, Safiq Rahim(c), Amar Rohidan, Amirulhadi Zainal, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahya.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...