Monday 27 June 2011

Arsenal Tawar 18 Juta Pound Untuk Juan Mata

Arsenal dilaporkan menawarkan Valencia 18 Juta Pound bagi mendapatkan pemain tengah kreatif mereka, Juan Mata(gambar). Mata yang beraksi cemerlang ketika membantu Sepanyol menjuarai kejohanan Euro bawah-21 2 hari lepas, dikatakan menarik minat Arsene Wenger. Terdapat juga laporan bahawa Wenger berharap untuk menjadikan Mata pengganti kepada Fabregas yang kerap dikaitkan dengan Barcelona.

Bapa kepada Mata, yang juga agen kepada pemain itu dalamsatu kenyataan memberitahu bahawa, Mata kini sudah bersedia untuk memikirkan masa depannya selepas berakhirnya kejohanan Euro itu. Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini beraksi bersama pasukan pelapis Real Madrid sebelum mencipta nama beraksi bersama Valencia. Sepanjang 4 tahun bersama Valencia, Mata telah membuat 172 penampilan dalam pelbagai kejohanan dan menjaringkan 46 gol kesemuanya. Mata tersenarai dalam skuad Sepanyol yang memenangi Piala Dunia tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...