Malaysia jatuh 1 anak tangga dalam ranking terbaru keluaran FIFA pada 29 Jun 2011. Kini, Malaysia berada di tangga 144 berbanding 143 bulan lepas. Malaysia juga kini berada dibawah Singapura, yang berada di tangga 142. Pasukan lawan Malaysia dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini, Taiwan jatuh 5 anak tangga ke kedudukan ke-165.
Walaupun bermain 2 perlawanan persahabatan sepanjang sebulan lepas iaitu seri 1-1 dengan Hong Kong dan menewaskan Myanmar 2-0, ia tidak dapat membantu menaikkan ranking Malaysia. Prestasi skuad Olimpik pula tidak diambil kira untuk ranking FIFA, hanya skuad senior sahaja yang dikira.
Di peringkat antarabangsa, England melonjak ke tangga ke-4 Dunia, memintas kedudukan Brazil sebelum ini. Mexico, yang baru sahaja memenangi Piala Emas CONCACAF minggu lepas naik 19 anak tangga, dan kini menghuni tangga ke-9 dunia. Jepun masih lagi pasukan terbaik Asia, naik 1 anak tangga ke-14 Dunia. Berikut senarai terkini Rangking FIFA Mei 2011:
1. Sepanyol
2. Belanda
3. Jerman
4. England
5. Brazil
6. Itali
7. Portugal
8. Croatia
9. Mexico
10. Argentina
Dan pasukan pilihan lain....
14. Jepun
15. Perancis
22. Australia
26. Korea Selatan
Pasukan Asean
123. Thailand
132. Indonesia
140. Vietnam
142. Singapura
144. Malaysia
167. Myanmar
Sumber:
FIFA World Ranking
bawah singapura? lepas ni jangan bawah brunei sudah..
ReplyDeleteKalau menang malam ini, akan improve la kedudukan malaysia...
ReplyDeletexpe underdog...misi kite piala dunia k...ranking tolak tepi dulu...
ReplyDeletemacamane boleh jatuh,,,
ReplyDeleteskrg ni team malaysia masih dlm proses pemeringkatan prestasi..... kompom amik masa punyer so bersabarlah smua...... skrg pom kita dah mula nmpk corak permainan terutamanyer hendak menjaringkan gol ada kemajuan..... cuma skill/kecergasan/corak game kat tengah padang yg blom mantap lagii...
ReplyDeletegame malaysia masa main dgn lubnan aritu mmg tak best..... tp 2 gol tu mmg cantek........ corak permainan sangat mmboringkan......
ReplyDeletex bley jadi ni
ReplyDeletemalaysia boleh..!!!!!!!!
corak permainan malaysia masih HAMPEHH...... 1st half laju......2nd half pancit.........common la malaysia........
ReplyDeleteRangkin tu takde hal....mcm badminton pon rangking chong wei lbh baik dr lin dan..tp nape asik kalah je ngan lin dan...So yg pntg Malaysia kena main sungguh2..Pastu penyokong kena bg sokongan padu xkira la kita kena blasah dulu ke pe...Dlm pale otak setiap pemaian kena tekankan kena dapat gol sebanyak mungkin sampai wisel penamat....jgn berasa selesa...
ReplyDeleteMalaysia JANCOK
ReplyDeleteaku yakin generasi ke tiga skuad negara selepas skuad senior dan olimpik skrng ni lebih hebat..
ReplyDeletedgn pendedahn awal dan inspirasi abang2 senior..enam tahun kedepan kita pasti lebih menyerlah di peringkat asia..
skuad olimpik mas u-22 ada ranking tak?
ReplyDeleteskuad olimpik xde ranking khusus...
ReplyDelete