Friday 17 June 2011

Sesi Latihan Skuad Kebangsaan Menjelang Perlawanan Persahabatan

Pemain berkumpul mendengar taklimat jurulatih

 BBT berpeluang menyaksikan sendiri sesi latihan skuad kebangsaan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-4 petang tadi. Sesi hampir 2 jam yang bermula jam 5 petang itu merupakan persiapan yang dijalankan menjelang perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium yang sama malam esok.

Lebih 500 orang menyaksikan sesi itu yang digamatkan dengan kehadiran rombongan Ultras Malaya seramai hampir 100 orang yang datang memberi sokongan. Turut kelihatan di sesi itu adalah Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad dan bekas jurulatih Kelantan, B. Sathianthan.

Norshahrul, S. Chanturu dan Shahrizal hanya di bangku simpanan
Kebanyakan pemain dilihat bersemangat dalam sesi latihan ini. Jurulatih K. Rajabobal juga dalam temubual dilihat tenang dan yakin dengan kemampuan pasukannya menentang Myanmar nanti. Walaupun kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan, rata-rata pemain yang ada dijangka mampu menewaskan Myanmar. Kesemua pemain yang dipanggil K. Rajagobal turut serta dalam sesi latihan ini kecuali 3 pemain yang cedera iaitu Norshahrul Idlan, S. Chanturu dan Shahrizal Saad yang hanya memerhati dari bangku simpanan. Pemain pertahanan Perak, Hisyamudin Shaari yang diberitakan cedera sebelum ini dilihat menjalani latihan ringan seorang diri.
K. Rajagobal ketika ditemubual Wartawan Astro Arena
Hujan yang turun di pertengahan sesi latihan sedikitpun tidak mengganggu pemain-pemain. Sesi tamat sekitar jam 6.45 petang bagi memberi peluang pasukan Myanmar yang dijadualkan menjalani latihan di tempat sama jam 7 petang. Jika dilihat prestasi pemain semasa menjalani latihan, Malaysia mungkin berpeluang untuk menewaskan Myanmar malam esok. Sama-samalah kita memberi sokongan kepada pasukan Kebangsaan kita.

Hujan yang turun tidak menggangu sesi latihan

Senarai Pemain yang manjalani latihan :

Penjaga Gol : Sharbinee Allawee, Kishok Sasi Kumar
Pertahanan : Aidil Zafuan, Farisyam Ismail, Rizal Fahmi, Azmi Muslim, Yong Kuan Yong, Asrarudin Putra, Helmi Remeli
Tengah : Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Amar Rohidan, Shakir Shaari, Ashaari Samsudin, Baddrol Bakhtiar, S. Kunanlan
Penyerang : Abdul Hadi Yahya, Fakri Saarani

Pemain Cedera: Norshahrul Idlan, S. Chanturu, Shahrizal Saad, Hisyamudin Shaari

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...