Saturday 18 June 2011

Jersi Cardiff City Tertera 'Malaysia'


Kelab Liga Championship England Cardiff City mengeluarkan jersi terbaru mereka untuk musim depan dengan perkataan 'Malaysia' tertampang di dada. Ini adalah salah satu kempen bertujuan untuk mengenengahkan Malaysia di mata dunia.


Cardiff City ataupun nama gelarannya 'Bluebirds' adalah kelab milik penuh 2 usahawan dari Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Datuk Chan Tien Ghee yang juga bapa kepada pemain skuad Piala Presiden Kelantan, Nicholas Chan. Kedua-dua tokoh korporat ini membeli kelab ini pada 27 Mei 2010 hanya beberapa hari sebelum Cardiff tewas dalam perlawanan play-off ke Liga Perdana Inggeris.
Vincent Tan(kiri) dan Tien Ghee(kanan) bersama bekas pengurus Cardiff, Dave Jones
Menurut pegawai Eksekutif kelab itu, Gethin Jenkins, hubungan baik antara Cardiff City dan Malaysia adalah punca utama perkataan 'Malaysia' dipilih untuk berada di dada jersi utama meskipun beberapa penaja lain berhasrat untuk menjadi penaja utama mereka tahun ini. Jenkins juga menambah, Malaysia sememangnya sebuah negara yang unik dimana mereka amat mencintai sukan bolasepak dan mempunyai ramai peminat di seluruh negara. Untuk memastikan pembangunan bolasepak di Malaysia, Cardiff juga telah membuka sebuah akademi bolasepak yang diberi nama '1Malaysia Cardiff City Grassroot Academy' di Kuala Lumpur.


Perkembangan ini tentunya diharap akan dapat memberikan kesan positif kepada perkembangan sukan bolasepak dari peringkat akar umbi di Malaysia. Usaha yang dijalankan seharusnya mendapat pujian dan sokongan dari semua pihak.

2 comments:

  1. sayang Cardiff tidak dapat melayakkan diri ke EPL tahun ini...

    ReplyDelete
  2. wah, hebat la. dah macam team malaysia pulak cardiff city ni. haha.


    My latest entry : Logo Jenama Popular Yang Terbalik

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...