Wednesday 8 June 2011

Liverpool Belanja Besar Dapatkan Henderson


Liverpool hari ini mengesahkan sudah bersetuju dengan nilai perpindahan 20 Juta Pound untuk pemain tengah Sunderland, Jordan Henderson. Ini merupakan pembelian besar pertama dilakukan oleh kelab di Liga Perdana Inggeris musim perpindahan pemain ini. Henderson, 20 tahun yang kini bermain untuk pasukan bawah 21 tahun England bagaimanapun harus menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum menandatangani kontrak 5 tahun dengan Liverpool.

Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish gembira kerana akhirnya dapat mendapatkan salah satu pemain muda paling berpotensi di England itu. Sebelum ini, Henderson juga dikaitkan dengan Manchester United tetapi memilih untuk ke Liverpool. The Reds menamatkan musim lepas di tangga ke-6 sekaligus terlepas aksi di Eropah musim depan dan telah menunjukkan keinginan yang tinggi untuk kembali mencabar kelompok teratas Liga Perdana Inggeris. Liverpool juga kini sedang berunding dengan Blackburn Rovers untuk mendapatkan pemain pertahanan, Phil Jones. Phil Jones baru berusia 19 tahun dan dikatakan bernilai 15-18 Juta Pound.

2 comments:

  1. bagus...budak jahat jer sanggup pegi MU haha

    ReplyDelete
  2. henderson...ok take it..ngogg goes other way..ngogg who? ayat tu mcm salah ja.. dia bukan memilih liverpool berbanding MU tetapi MU yang tak memilih dia..sapa tak nak main Champions League beb..kurang2 paling cikai pun Europa League..oooppsss

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...