Friday 24 June 2011

Bayangan Undian Peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik 2012

Undian peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia akan berlangsung pada 7 Julai ini di Rumah AFC di Kuala Lumpur. Berdasarkan nama-nama besar lain yang layak, Malaysia dilihat akan menghadapi misi mustahil untuk layak ke sukan Olimpik nanti.

12 pasukan layak akan dibahagi kepada 3 kumpulan dengan 4 pasukan mengisi 1 kumpulan. Berdasarkan undian yang dibuat untuk pusingan kedua lalu, pasukan-pasukan ini akan diberi pilihan untuk memastikan undian yang adil. Jadi, berkemungkinan besar akan terdapat 4 pot yang akan diisi pasukan mengikut pilihan semasa undian yang akan dijalankan.

Pilihan akan diberikan AFC berdasarkan perlawanan membabitkan pasukan olimpik negara-negara bertanding. Mengambil kira undian pusingan kedua dan menolak pasukan yang sudah tersingkir, beginilah kemungkinan pilihan yang akan diberikan. Pilihan bagaimanapun mungkin berubah sedikit dari undian pusingan kedua yang dibuat 24 mac lalu:

1. Korea Selatan; 2. Australia; 3 Jepun; 4. Iraq; 5. Bahrain; 6. Qatar; 7. Arab Saudi; 8. Syria; 9. Uzbekistan; 10. Oman 11. UAE; 12. Malaysia

Jadi, pasukan-pasukan akan dimasukkan kedalam 4 pot berbeza seperti di bawah:


Senarionya disini adalah, setiap satu pasukan dalam setiap pot akan membentuk satu kumpulan. Anda boleh bayangkan sendiri apakah nasib pasukan olimpik negara nanti. Dengan juara kumpulan sahaja yang akan layak ke Olimpik, perebutan nampaknya akan menjadi sengit. Jadi, apakah pilihan anda untuk Malaysia dalam peringkat kumpulan nanti? Pasukan manakah yang anda mahu ia berada bersama Malaysia dalam kumpulan nanti?

12 comments:

  1. Pilihan BBT:
    Malaysia, Korea Selatan, Bahrain, Syria

    ReplyDelete
  2. ini normal dlm bola sepak...dlm pertandingan ape pon...biase die akan susun pot ikot ranking...
    rasanya Pot A..korea selatan paling lemah kot..hehehe..Pot B & C boleh lawan...yakin boleh..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Betul, Pot B & C ada peluang la, nampak setara dengan Malaysia. Tapi, masalahnya, 1 tempat je yang layak automatik ke Olimpik.

    ReplyDelete
  4. pot A..malaysia patut ada kat pot A.pengalaman untuk diraih penting bertemu lawan yang kuat dahulu.kalah menang lain cerita.kita baru first time masuk.so,biar jumpa lawan kuat terus.just pandangan.kekeke

    ReplyDelete
  5. Pendedahan bro..kita kejutkan Australia, balas dendam ngn Qatar then kita wt Syria jd sama nasib ngn Lebanon. So Australia, Qatar, Syria, Malaysia 1 group. Give them experience to face strong teams. MALAYSIA BOLEH

    ReplyDelete
  6. Macam tak percaya nama Malaysia ada dalam senarai tu..rase kecil sangat..hehehe..memang terbaik,biar apepun,kalah atau menang..tersenarai di kalangan negara tu pun dah rase ckup bangga dah sbgai rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  7. Memang rasa kecil, tapi dengan izin Allah kalau kita menang baru nampak besar.. Go Malaysia

    ReplyDelete
  8. relaks bro..smua pasukan budak muda2..walaupn negara yg skuad seniornya kuat blum tentu junior dia kuat gak..semua brgantung pd pesiapn dan kemahuan tinggi para pemain..dlm masa beberapa bulan ni insyaallah kita mampu..

    ReplyDelete
  9. kalau melihat pd result itu hari..dgn melihat aggreget jaringan..pilihan gua..

    malaysia,jepun,bahrain,uzbekistan..tiga2 ni bole makan..insyallah...

    ReplyDelete
  10. Klu dlu Jepun dgn Korea Selatan apa sgt bg kita.kita dulu pasukan bolasepak gergasi asia.tp skrg kta hormat plk pd pasukan tu.aku rasa kta dh mkin kembali spt dlu.tiada lg hormat pd pasukan lain.kita akn mnjadi gergasi bolasepak asia kembali.Amin..

    ReplyDelete
  11. syria bahrain and jepun - uzbek piala asia aritu semi final jugak tu..

    team to avoid oz.physically..mmg ssh nak contain aussie for me..

    apa2 pun proud to see malaysia in the list above.nvm they r ranked 12th..huhu.dah lama team msia tak main ngan team besar2 nie.

    ReplyDelete
  12. sya rasa kalau malaysia jumpa oman,bhrain,iraq malaysia akan berjaya...tapi kalau malaysia jumpa korea jepun itu kita yakin je...tapi mesti ada keyakinan supaya malaysia bole kita boleh melakukan

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...