Monday 6 June 2011

Arsenal, Liverpool Berebut Dapatkan Bojan Krkic


Arsenal dan Liverpool masing-masing menyatakan hasrat mendapatkan penyerang muda Barcelona, Bojan Krkic. Laporan ini timbul selepas Bojan dikatakan kurang senang dengan Barcelona dan ingin keluar dari kelab itu selepas jarang diturunkan oleh Pep Guardiola musim ini. Pemain berusia 20 tahun itu hanya bermain 27 kali musim ini dengan kebanyakan darinya adalah sebagai pemain gantian. Kedua-dua kelab Inggeris itu berminat dengan Bojan dan bersedia untuk membida pemain itu. Bojan dikatakan bernilai lebih 15 Juta Pound. Dia juga pernah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

2 comments:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...