Thursday 30 June 2011

Malaysia Bawa Bekalan Tipis ke Taiwan

Malaysia berdepan lalauan berliku untuk melepasi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 apabila sekadar mencatat kemenangan tipis 2-1 keatas Taiwan dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi gol dari kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-28. Aidil Zafuan menggandakan kedudukan pada separuh masa kedua menerusi tandukan kencang pada minit ke-57. Kelekaan seketika di bahagian pertahanan memberi padah apabila Taiwan berjaya menjaringkan 1 gol yang penting pada minit ke-77 menerusi Chen Po Liang. Meskipun menyerang sehingga tamat permainan, Malaysia gagal menjaringkan gol tambahan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat.
Aidil jaring gol kedua Malaysia
Keputusan yang diraih sedikit merisaukan memandangkan perkiraan format gol di tempat lawan yang digunakan. Ini, bermakna, sekiranya Taiwan berjaya menang perlawanan kedua 1-0, mereka akan layak ke pusingan kedua dan menyingkirkan Malaysia. Tugas berat akan menanti skuad K. Rajagobal di Taiwan Ahad nanti unuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri.

Wednesday 29 June 2011

De Gea Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dengan United

Manchester United hari ini menegsahkan menandatangani David De Gea dengan kontrak selama 5 tahun. De Gea menjalani ujian kesihatan 2 hari lepas dan telah bersetuju dengan terma-terma kontrak dengan United. Dalam temuramah dengan laman web kelab, mufc.com selepas menandatangani kontrak itu, De Gea menjelaskan bahawa dia amat berbangga dan tidak sabar untuk memulakan karier di United.

Yuran perpindahan De Gea dari Atletico Madrid dilaporkan mencecah 18 Juta Pound, menjadikannya penjaga gol kedua temahal di dunia, selepas penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon. Buffon meneyertai Juventus dari Parma pada awal musim 2001 dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai 32 Juta Pound.


MUFC.com

Ranking Terbaru FIFA (29 Jun 2011); Malaysia Jatuh 1 Anak Tangga

Malaysia jatuh 1 anak tangga dalam ranking terbaru keluaran FIFA pada 29 Jun 2011. Kini, Malaysia berada di tangga 144 berbanding 143 bulan lepas. Malaysia juga kini berada dibawah Singapura, yang berada di tangga 142. Pasukan lawan Malaysia dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini, Taiwan jatuh 5 anak tangga ke kedudukan ke-165.

Walaupun bermain 2 perlawanan persahabatan sepanjang sebulan lepas iaitu seri 1-1 dengan Hong Kong dan menewaskan Myanmar 2-0, ia tidak dapat membantu menaikkan ranking Malaysia. Prestasi skuad Olimpik pula tidak diambil kira untuk ranking FIFA, hanya skuad senior sahaja yang dikira.

Di peringkat antarabangsa, England melonjak ke tangga ke-4 Dunia, memintas kedudukan Brazil sebelum ini. Mexico, yang baru sahaja memenangi Piala Emas CONCACAF minggu lepas naik 19 anak tangga, dan kini menghuni tangga ke-9 dunia. Jepun masih lagi pasukan terbaik Asia, naik 1 anak tangga ke-14 Dunia. Berikut senarai terkini Rangking FIFA Mei 2011:

1. Sepanyol
2. Belanda
3. Jerman
4. England
5. Brazil
6. Itali
7. Portugal
8. Croatia
9. Mexico
10. Argentina

Dan pasukan pilihan lain....

14. Jepun
15. Perancis
22. Australia
26. Korea Selatan

Pasukan Asean

123. Thailand
132. Indonesia
140. Vietnam
142. Singapura
144. Malaysia
167. Myanmar

Sumber:
FIFA World Ranking

Tuesday 28 June 2011

Raphael Varane Sertai Real Madrid

Pemain pertahanan muda Perancis, Raphael Varane menjadi pemain keempat dibeli Real Madrid musim ini selepas setuju untuk menandatangani kontrak selama 6 tahun di Santiago Bernebeu. Varane yang baru berusia 18 tahun sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United. Real Madrid dilaporkan membayar kelab lamanya, Lens 10 Juta Euro bagi mendapatkannya.

Varane merupakan pemain muda berpotensi besar di Eropah kini. Dia hanya mula bermain secara kompetetif di Ligue 1 Perancis  hujung tahun lepas begitu menonjol dan mendapat perhatian banyak kelab-kelab besar lain di Eropah. Pemain tinggi lampai itu juga boleh bermain di posisi tengah selain di bahagian pertahanan. Ini adalah perolehan keempat gergasi Sepanyol, Real Madrid selepas mendapatkan 2 pemain Turki, Hamit Altintop, Nuri Sahin dan penyerang muda Sepanyol, Jose Callejon.

Senarai Pemain Kebangsaan Kelayakan Piala Dunia 2014

Inilah senarai terakhir barisan 23 pemain yang akan memikul tugasan pada perlawanan pertama pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menetang Taiwan esok;


Penjaga Gol: Khairul Fahmi (Kel); Sharbinee Allawee (Ter); Nasril Nourdin (Prk)

Pertahanan: Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli (HMA); Aidil Zafuan (NS); Farisyam Ismail (Kel); Asrarudin Puta (Sel); Helmi Remeli (Ter)

Tengah: Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal (Sel); Baddrol Bakhtiar, Amar Rohidan (Kdh); S. Chanturu, Shakir Shaari (Kel); K. Gurusamy (HMA); S. Kunanlan (NS); Ashaari Samsudin (Ter)

Penyerang: Norsharul Idlan (Kel); Abd Hadi Yahya (Ter); Fakri Saarani (NS); Safee Sali (PJ)

Tiket Perlawanan Malaysia Lawan Taiwan

Tiket untuk perlawanan Malaysia Lawan Taiwan di pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 akan mula dijual pada esok, hari yang sama dengan perlawanan. Peminat dan penyokong boleh mula membeli seawal jam 3 petang di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil yang juga venue perlawanan itu.


Harga tiket adalah sama seperti biasa iaitu RM30 bagi grandstand, RM20 bagi tempat duduk terbuka manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dikenakan tiket berharga RM5. Perlawanan akan bermula jam 8.45 malam.

Monday 27 June 2011

David de Gea Pemain Ketiga Dibeli United

Penjaga gol skaud bawah-21 tahun Sepanyol, David De Gea tiba di Manchester untuk menjalani ujian kesihatan sebelum mengesahkan perpindahan ke Manchester United. De Gea dilaporkan akan menandatangani kontrak dengan United dengan yuran perpindahan sebanyak 17.8 Juta Pound. De Gea bakal menjadi pemain ketiga dibeli United dalam musim perpindahan pemain ini selepas pemain pertahanan, Phil Jones dan pemain tengah, Ashley Young.
Para pegawai cuba menyembunyikan kehadiran De Gea di Hospital Manchester
De Gea yang beraksi di Sepanyol bersama kelab Atletico Madrid bakal menggantikan tempat Edwin Van Der Sar yang bersara selepas tamat musim lepas. Perpindahan ini sebenarnya telah lama dipersetujui kedua-dua kelab tetapi perjanjian tidak dapat dilakukan kerana De Gea mewakili Sepanyol dalam kejohanan EURO bawah 21 yang baru sahaja berakhir 2 hari lepas dimana mereka menjadi juara. Penjaga gol muda berusia 20 tahun ini beraksi dalam kesemua perlawanan La Liga musim lepas bersama Atletico dimana dia berjaya mengelak dari dibolosi 11 daripada 38 perlawanan.

Rakan sepasukan De Gea dalam skuad senior Sepanyol, Pepe Reina yang juga sebelum ini turut dikaitkan dengan United memberi komen positif mengenai berita ini dan menganggap ia satu perubahan yang baik kepada De Gea sendiri. Ketika ditanya mengenai ura-ura bahawa dia akan kembali ke Sepanyol dan menggantikan tempat De Gea di Atletico, dia menafikan laporan itu dan mahu terus kekal di Liverpool.

Drogba Tidak Diperlukan Lagi Oleh Chelsea

Didier Drogba nampak seperti tidak diperlukan lagi oleh Chelsea. Laporan terbaru dari England mengatakan bahawa Chelsea kini berusaha untuk mendapatkan pemain Antarabangsa Turki, Arda Turan dan untuk memastikan perjanjian dapat dilakukan, Chelsea turut menawarkan penyerang mereka, Didier Drogba kepada Galatasaray, kelab Turan kini sebagai pertukaran dan turut membayar 7 Juta Pound lagi. Turan yang kini berusia 24 tahun bermain untuk posisi sayap kiri dengan Galatasaray.
Turan dilaporkan bernilai 18 Juta Pound
Kehadiran pengurus baru di Chelsea tentunya akan membawa kelainan. Villas-Boas kini rela melepaskan Drogba ke kelab lain biarpun Drogba masih mempunyai baki kontrak bersama Chelsea. Villas-Boas turut merancang membawa penyerang kelab lamanya Falcao ke Stamford Bridge sebagai ganti kepada Drogba. Kehadiran Fernando Torres musim lepas mengehadkan aksi Drogba dan sering beraksi sebagai pemain gantian sahaja, sesuatu perkara yang amat tidak digemari Drogba sendiri. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan tentang laporan ini dari kem Chelsea.

Arsenal Tawar 18 Juta Pound Untuk Juan Mata

Arsenal dilaporkan menawarkan Valencia 18 Juta Pound bagi mendapatkan pemain tengah kreatif mereka, Juan Mata(gambar). Mata yang beraksi cemerlang ketika membantu Sepanyol menjuarai kejohanan Euro bawah-21 2 hari lepas, dikatakan menarik minat Arsene Wenger. Terdapat juga laporan bahawa Wenger berharap untuk menjadikan Mata pengganti kepada Fabregas yang kerap dikaitkan dengan Barcelona.

Bapa kepada Mata, yang juga agen kepada pemain itu dalamsatu kenyataan memberitahu bahawa, Mata kini sudah bersedia untuk memikirkan masa depannya selepas berakhirnya kejohanan Euro itu. Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini beraksi bersama pasukan pelapis Real Madrid sebelum mencipta nama beraksi bersama Valencia. Sepanjang 4 tahun bersama Valencia, Mata telah membuat 172 penampilan dalam pelbagai kejohanan dan menjaringkan 46 gol kesemuanya. Mata tersenarai dalam skuad Sepanyol yang memenangi Piala Dunia tahun lepas.

Liga Super: Harimau Muda Melonjak ke Tangga ke-5

Selepas cemerlang menewaskan Lubnan dalam kelayakan Olimpik 4 hari lepas, skuad Harimau Muda terus mengekalkan rentak cemerlang mereka. Kali ini, dalam saingan Liga Super. Dalam satu-satunya perlawanan Liga yang berlangsung semalam, pasukan Ong Kim Swee menewaskan Pahang 2-0 di Kuantan.

Kemenangan ini melonjakkan kedudukan Harimau Muda dalam saingan Liga Super ke tangga ke-5, memintas kedudukan Perak yang mempunyai mata yang sama cuma dibezakan dengan jaringan. Pahang pula bergelut dengan penyingkiran apabila kekal di tangga ke-2 tercorot diatas Perlis. Berikut carta terkini Liga Super selepas perlawanan semalam.



Senarai terkini penjaring terbanyak Liga Super

Sunday 26 June 2011

Bayern Munich Berminat Dapatkan Nani

Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich sedia membuat tawaran kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap, Nani. Nani kini banyak dikaitka dengan kelab luar selepas kehadiran Ashley Young yang baru sahaja dibeli dari Aston Villa. Bayern dilaporkan yakin mereka akan dapat memujuk Manchester United untuk melepaskan Nani dengan tawaran sebanyak 20 Juta Pound.

Pengurus United, Alex Ferguson menegaskan bahawa Nani tidak akan dijual dan dia salah seorang watak penting dalam pasukan. Musim lepas Nani melalui musim terbaiknya sepanjang berada di United dengan menjaringkan 9 gol dan memberi 18 assists (terbanyak dalam EPL) dan membantu United merangkul kejuaraan Liga ke 19. Nani, yang kini berusia 24 tahun diundi sebagai pemain terbaik musim lepas oleh rakan-rakan sepasukan United. Nani menyertai United pada awal musim 2007 dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan 22 Juta Pound.

Ashley Cole Mahu Keluar Dari Chelsea

Ashley Cole dilaporkan membuat keputusan untuk keluar dari kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan berhijrah ke Sepanyol. Bagaimanapun, ia bukan akan terjadi dalam masa terdekat ini. Menurut sumber yang rapat dengannya, Cole mensasarkan untuk satu hari nanti bermain sama ada dengan Barcelona ataupun Real Madrid di Sepanyol dan menamatkan kariernya disana.

Cole yang kini berusia 30 tahun membuat keputusan itu dalam usaha untuk memujuk bekas isterinya, Cheryl untuk kembali ke sisinya. Tambah sumber itu lagi, semua keputusan yang dibuat Cole kini hanya dengan tujuan agar dapat bersama kembali dengan Cheryl. Bekas isterinya itu, yang juga bekas anggota kumpulan 'Girls Aloud', dikatakan berminat untuk ke Sepanyol dan suka akan suasana disana. Cole bercerai dengan Cheryl awal tahun lepas selepas Cole mengaku bersalah curang kepada isterinya itu dengan lebih dari 5 wanita.
Cole bersama bekas isterinya, Cheryl ketika masih bersama
Tiada kenyataan dibuat oleh Cole mengenai laporan ini. Cole masih mempunyai baki 2 tahun kontrak bersama Chelsea yang bernilai RM600,000 seminggu!

Sepanyol Juara Kejohanan EURO Bawah 21 Tahun

Sepanyol menunjukkan bahawa mereka akan berkuasa di arena bolasepak antarabangsa untuk tempoh yang lama lagi apabila pasukan bawah 21 tahun mereka merangkul kejuaraan Euro Bawah 21. Pasukan junior ini menewaskan Switzerland pada perlawanan akhir yang belangsung di Denmark. Gol Sepanyol dijaringkan oleh pemain tengah, Ander Herrera dan Thiago Alcantara.
Adrian Lopez merangkul anugerah Kasut Emas kejohanan
Ini merupakan kejuaraan ketiga Sepanyol dalam kejohanan peringkat Eropah ini. Lebih membanggakan apabila salah seorang pemain mereka, Adrian Lopez memenangi kasut emas kejohanan dengan 5 gol. Rata-rata pemain yang mewakili skuad Sepanyol beraksi di Liga Sepanyol dan sebahagian dari mereka sudah terkenal. Antaranya adalah penyerang Barcelona, Bojan Krkic; pemain tengah valencia, Juan Mata; penjaga gol Atletico Madrid yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, David De Gea dan seorang lagi pemain Barca, Jeffren.

Saturday 25 June 2011

Inter Milan Lantik Gasperini Jadi Pengurus Baru

Gian Piero Gasperini (gambar) bukanlah nama yang besar dalam arena bola sepak antarabangsa, namun kelab gergasi Itali, Inter Milan memilih beliau sebagai pengurus baru kelab itu bagi menggantikan Leonardo yang meletakkan jawatan secara tiba-tiba selepas berakhir musim lepas. Gasperini kini menjadi pengurus ke-4 Inter dalam tempoh 1 tahun lebih.

Gasperini bagaimanapun mempunyai pengalaman sebagai pengurus apabila pernah mengurus kelab Genoa, yang juga di Liga Serie A Itali. Pemilihan Gasperini yang kurang popular agak menghairankan dan tindakan Inter itu nampak seperti terdesak. Bekas pengurus pasukan kebangsaan Argentina, Marcelo Bielsa sebelum ini dilaporkan menolak pelawaan Inter menjadi pengurus. Pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas juga dikaitkan namun Inter enggan membayar pampasan yang besar kepada Porto. Pelantikan Gasperini disahkan presiden kelab, Massimo Moratti. Gasperini menandatangani kontrak selama 2 tahun di San Siro.

Friday 24 June 2011

Bayangan Undian Peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik 2012

Undian peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia akan berlangsung pada 7 Julai ini di Rumah AFC di Kuala Lumpur. Berdasarkan nama-nama besar lain yang layak, Malaysia dilihat akan menghadapi misi mustahil untuk layak ke sukan Olimpik nanti.

12 pasukan layak akan dibahagi kepada 3 kumpulan dengan 4 pasukan mengisi 1 kumpulan. Berdasarkan undian yang dibuat untuk pusingan kedua lalu, pasukan-pasukan ini akan diberi pilihan untuk memastikan undian yang adil. Jadi, berkemungkinan besar akan terdapat 4 pot yang akan diisi pasukan mengikut pilihan semasa undian yang akan dijalankan.

Pilihan akan diberikan AFC berdasarkan perlawanan membabitkan pasukan olimpik negara-negara bertanding. Mengambil kira undian pusingan kedua dan menolak pasukan yang sudah tersingkir, beginilah kemungkinan pilihan yang akan diberikan. Pilihan bagaimanapun mungkin berubah sedikit dari undian pusingan kedua yang dibuat 24 mac lalu:

1. Korea Selatan; 2. Australia; 3 Jepun; 4. Iraq; 5. Bahrain; 6. Qatar; 7. Arab Saudi; 8. Syria; 9. Uzbekistan; 10. Oman 11. UAE; 12. Malaysia

Jadi, pasukan-pasukan akan dimasukkan kedalam 4 pot berbeza seperti di bawah:


Senarionya disini adalah, setiap satu pasukan dalam setiap pot akan membentuk satu kumpulan. Anda boleh bayangkan sendiri apakah nasib pasukan olimpik negara nanti. Dengan juara kumpulan sahaja yang akan layak ke Olimpik, perebutan nampaknya akan menjadi sengit. Jadi, apakah pilihan anda untuk Malaysia dalam peringkat kumpulan nanti? Pasukan manakah yang anda mahu ia berada bersama Malaysia dalam kumpulan nanti?

Kumpulan Genting Penaja Utama Aston Villa

Kumpulan Genting menjadi syarikat Malaysia terbaru yang menaja kelab di Liga Perdana Inggeris. Genting Casinos, syarikat yang mempunyai operasi Kasino terbesar di UK diumumkan menjadi penaja utama baru kelab Aston Villa. Syarikat itu menandatangani perjanjian untuk menaja selama 2 tahun bermula 1 Julai ini sehingga penghujung 2012-2013. Nilai keseluruhan penajaan bagaimanapun tidak didedahkan.

Gabriel Agbonlahor menggayakan jersi 'away' terbaru Aston Villa dengan logo 'Genting'
Serentak dengan pengumuman ini, Aston Villa turut melancarkan Jersi 'away' baru untuk musim 2011-2012 dengan logo 'Genting Casinos' di dada. Genting merupakan antara syarikat antarabangsa terbesar dari Malaysia dan mempunyai perniagaan diserata dunia. Di UK sahaja, Genting mengoperasi lebih 40 buah kasino.

Minggu lepas, kelab Liga Championship, Cardiff City turut mengeluarkan jersi dengan nama 'Malaysia' tertera di dada. Perkembangan ini tentunya akan merancakkan lagi arena bola sepak negara yang sedang meningkat naik.

Senarai Pasukan Yang Layak ke Peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik Zon Asia

Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan kelayakan olimpik selepas kejayaan menewaskan Lubnan semalam. Berikut adalah senarai 12 pasukan yang layak ke peringkat kumpulan kelayakan olimpik Zon Asia bersama-sama Malaysia dengan kedudukan terkini ranking Dunia FIFA dalam kurungan:

1. Jepun (14)
2. Australia (20)
3. Korea Selatan (31)
4. Uzbekistan (83)
5. Arab Saudi (88)
6. Iraq (89)
7. Qatar (92)
8. Bahrain (97)
9. Syria (104)
10. Oman (107)
11. UAE (111)
12. Malaysia (143)

Jika dibandingkan, kedudukan Malaysia agak jauh dari semua pasukan lain yang melayakkan diri. Malaysia juga satu-satunya pasukan dari rantau Asia Tenggara yang berjaya. Jelas menunjukkan pencapaian yang dicapai Malaysia bukanlah sesuatu yang biasa, ia merupakan satu pencapaian yang besar dan boleh dibanggakan.

Namun, apa yang akan berlaku nanti lebih merisaukan. Pasukan mana yang akan berada bersama-sama dengan Malaysia dalam kumpulan nanti. Malaysia akan bersama dengan 3 pasukan lain dalam 1 kumpulan yang hanya juara sahaja mendapat tempat automatik ke Olimpik 2012 din London. Jika undian dibuat mengikut pilihan, Malaysia tentu akan berada 1 kumpulan dengan salah satu pasukan terbaik iaitu Jepun, Kores Selatan ataupun Australia.
Rumah AFC di Kuala Lumpur
Undian akan dibuat pada 7 Julai ini di Rumah AFC di Kuala Lumpur. 12 pasukan akan dibahagi kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan. Juara setiap kumpulan akan layak ke Olimpik dan 3 pasukan naib juara akan bermain perlawanan playoff di satu venue yang neutral dan pemenang perlawanan playoff itu akan bertemu wakil dari Konfederasi Bolasepak Afrika (CAF) untuk merebut satu lagi tempat.

 Keputusan penuh semua perlawanan Kelayakan Olimpik Zon Asia

Keputusan Penuh Kelayakan Olimpik Zon Asia

Pasukan-pasukan pilihan seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan Arab Saudi berjaya melangkah ke pusingan peringkat kumpulan kelayakn Olimpik Zon Asia selepas menang perlawanan masing-masing bersama-sama Malaysia. Pasukan seperti China, Korea Utara dan Iran pula antara pasukan pilihan yang tersingkir. Berikut keputusan perlawanan kedua dan aggregat (dalam kotak) semua perlawanan:


Pasukan yang bertanda * layak ke peringkat kumpulan.

Ashley Young Tandatangan Kontrak 5 Tahun Bersama United

Pemain tengah England, Ashley Young hari ini melengkapkan perpindahan ke Manchester United apabila menandatangani kontrak 5 tahun bersama juara Liga Inggeris itu. Young menjadi pemain kedua dibeli selepas Phil Jones dibeli dari Blackburn dengan harga 16.5 Juta Pound.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi laman web United, perjanjian telah dipersetujui dengan Aston Villa dan Young bersetuju dengan kontrak 5 tahun sehingga 2016. Rio Ferdinand dalam 'twitter' memberi kenyataan, "Another top, hungry and young player".

Thursday 23 June 2011

Kelayakan Olimpik: Malaysia Cemerlang Menundukkan Lubnan

Skuad Olimpik Malaysia menggunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Olimpik Lubnan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama menerusi Irfan Fazail minit ke-8 dan Wan Zack Haikal minit ke-40.

Malaysia bermain baik di separuh masa pertama dengan hantaran-hantaran yang mudah dan berkesan. Gol pertama terhasil ketika keadaan kelam kabut depan pintu gol berpunca dari sepakan penjuru. Irfan yang mendapat hantaran dari Muslim Ahmad melakukan rembatan volley cantik yang gagal diselamatkan penjaga gol Lubnan.

Gol kedua pula terhasil daripada permainan sepasukan yang sangat baik. Pemain-pemain bertukar-tukar hantaran pendek di tengah padang sebelum Gary Steven melorongkan bola cantik yang menewaskan 3 pemain kepada Wan Zack Haikal. Wan Zack dengan tenang menolak bola menewaskan penjaga gol Lubnan kali kedua malam ini.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Gary Steven dilayangkan kad kuning kedua pada awal separuh masa kedua. Kelebihan bermain dengan lebih pemain digunakan sepenuhnya Lubnan dan menyerang bertubi-tubi ke pintu gol Malaysia. Akhirnya, mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi gol dari Chadi Atie minit ke-64. Selepas itu, Malaysia hanya bermain secara bertahan dan cuba untuk mengawal bentang pertahanan berhabis-habisan. Keputusan penuh, Malaysia menang 2-1.

Malaysia dengan ini akan melayakkan diri ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik Zon Asia. Kejayaan ini sememangnya layak diterima semua pemain Malaysia.

Barisan Malaysia:
Khairul Fahmi (c), Affizie faizal (Wan Zaharulnizam), Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, K. Gurusamy, Gary Steven, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail (Izzaq Faris), Syahrul Azwari (Shukur Jusoh).

Liverpool Perlu Bayar 19 Juta Pound Untuk Downing

Pemain Aston Villa, Stewart Downing bakal menjadi pemain kedua dibeli oleh Liverpool sebelum bermula musim baru sekiranya mereka sanggup berbelanja 19 Juta Pound. Downing diberitahu oleh Villa bahawa dia boleh ke Anfield sekiranya Liverpool membayar harga yang betul untuknya. Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, Downing akan menjadi pemain kedua dibeli Liverpool selepas berbelanja 20 Juta Pound beberapa minggu lepas untuk pemain muda England, Jordan Henderson.

Liverpool dilihat akan membuat pembelian besar-besaran tahun ini untuk kembali mencabar dalam Liga Perdana Inggeris. Menurut kapten pasukan Steven Gerrard, Liverpool akan terus ketinggalan dalam Liga sekiranya tidak berbelanja dan mendapatkan pemain berkualiti untuk meningkatkan kekuatan pasukan. Musim lepas, Liverpool menamatkan saingan di tangga keenam Liga dibelakang Tottenham Hotspurs dan sekali gus terlepas tempat dalam kejohanan Eropah musim depan.
Gareth barry memilih menyertai City berbanding Liverpool tahun lepas
Downing akan menjadi pemain kedua keluar dari Liverpool selepas Ashley Young kini dikatakan hampir pasti menyertai United selepas selesai menjalani ujian kesihatan. Downing menyertai Aston Villa awal musim 2009 dari Middlesbrough dengan yuran perpindahan 12 Juta Pound. Pemain yang berusia 26 tahun ini dikatakan mempunyai corak permainan seakan-akan pemain Manchester City, Gareth Barry. Liverpool pernah membida untuk membeli Barry tetapi gagal sebelum pemain itu berpindah ke City.

Liverpool Belanja Besar beli Henderson
Ashley Young hampiri Perpindahan ke United

Preview Kelayakan Olimpik: Malaysia Lawan Lubnan

Perlawanan kedua Kelayakan Olimpik Zon Asia antara Malaysia dan Lubnan akan menjadi titik tolak dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Sekiranya Malaysia berjaya menewaskan Lubnan malam ini, maka ia akan membuka lembaran baru dalam era kebangkitan bola sepak negara.

Berdasarkan kepada prestasi Malaysia dalam pusingan pertama di Beirut, ahad lepas, skuad kendalian Ong Kim Swee dilihat mampu untuk mengatasi cabaran Lubnan dan mara ke pusingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012. Mereka bermain baik pada separuh masa kedua dan hampir-hampir sahaja mengejutkan Lubnan namun penyudah yang kurang berkesan menjadi penghalang.
Keputusan perlawanan nanti bakal menetukan nasib Ong Kim Swee
Ketumpulan barisan serangan merupakan satu lagi masalah yang dihadapi skuad Olimpik. Izzaq Faris yang bertindak sebagai penyerang tunggal di Beirut jelas sekali dilihat krang mampu untuk memikul tugas itu. Berkemungkinan besar, pada perlawanan malam ini, Syahrul Azwari akan diturunkan bergandingan dengan Izaaq di bahagian serangan. Ini dijangka mampu meningkatkan lagi serangan selepas skuad olimpik gagal menjaringkan sebarang gol dalam 4 perlawanan antarabangsa sebelum ini.

Bahagian pertahanan sememangnya  tunjang kekuatan skuad olimpik sejak dulu lagi. keampuhan pertahanan menjadi faktor utama Malaysia berjaya mengikat Lubnan di Beirut. Lubnan diilihat sukar sekali untuk menembusi barisan pertahanan yang dikemudi Fadhli Shas dan Muslim Ahmad. Sekiranya mereka bermain dengan cemerlang malam ini, Lubnan tentunya menghadapi misi mustahil di Bukit Jalil.
Stadium Nasional Bukit Jalil
Perlawanan ini akan berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8.45 malam. Peminat-peminat tempatan diharap dapat turun beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan Olimpik negara. Namun, bagi yang tidak berkesempatan, anda boleh menonton menerusi siaran langsung di Astro Arena.


Kesebelasan kemungkinan:

Khairul Fahmi(c), Affizie Faizal, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir Azmi, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal, Fandi Othman, Irfan Fazail dan Izzaq Faris

Ashley Young Hampiri Perpindahan ke United

Pemain sayap Aston Villa, Ashley Young semakin hampir untuk menyertai Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United apabila menjalani ujian kesihatan bersama United semalam. Young bakal menyertai United dengan yuran perpindahan bernilai 16 Juta Pound. Ini adalah pembelian kedua United selepas mendapatkan pemain pertahanan, Phill Jones dari Blackburn minggu lepas dengan bayaran 16.5 Juta Pound.

United sememangnya merancang untuk membeli beberapa pemain sebelum bermula musim baru selepas beberapa pemainnya bersara. Penjaga gol, Edwin Van Der Sar, Paul Scholes dan Gary Neville semuanya sudah bersara dan kontrak Owen Hargreaves tidak disambung selepas dia gagal beraksi secara konsisten dengan United. selain 2 pemain ini, United juga dijangka melengkapkan pembelian David de Gea, penjaga gol Atletico madrid yang sudah lama diintai.
Young meninggalkan Hostipal di Manchester selepas menjalani Ujian Kesihatan
Selain itu, beberapa lagi pemain turut dikaitkan dengan United. Antaranya adalah pemain Spurs, Luka Modric, perancang kreatif Inter Milan, Wesley Sneijder, pemain tengah Everton Jack Rodwell dan juga pemain tengah muda Palermo, Javier Pastore. Pengurus United, Sir Alex Ferguson bagaimanapun berkata United hanya akan memerlukan 3 pemain baru sahaja untuk menguatkan skuad. Jadi, sekiranya De Gea mengesahkan perpindahan, maka United akan menutup buku akaun untuk musim ini.

Ketiadaan Mahali Resahkan Ong Kim Swee

Ketiadaan Mahali diharap tidak menjejaskan skuad olimpik
Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee sedikit resah berikutan ketiadaan pemain pertahanan, Mahali Jasuli untuk perlawanan kedua timbal balik pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 zon Asia menentang Lubnan di Stadium Nasional malam ini. Mahali digantung satu perlawanan akibat mendapat kad kuning semasa perlawanan di Beirut tempoh hari. Ini adalah kad kuning kedua Mahali selepas mengutip satu kad kuning semasa menentang Pakistan di pusingan pertama lalu.

Bagaimanapun, tempat Mahali mungkin akan digantikan oleh Affizie Faizal. Affizie banyak beraksi dalam saingan Liga Super dan biasanya bermain di posisi bek kiri, Namun, pemain itu juga berkebolehan bermain di bek kanan dan tentunya dilihat paling sesuai menggantikan tempat Mahali. Selain Affizie, Ong Kim Swee mempunyai pilihan untuk menurunkan pemain sayap, Fandi Othman di posisi bek kanan dan memasukkan Wan Zaharulnizam di posisi Fandi di bahagian sayap. Fandi sering bermain di posisi bek sebelum menjadi pemain sayap kini.

Arsenal Cuba Dapatkan Odemwingie


Arsenal hari ini dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan penyerang West Bromwich Albion, Peter Odemwingie. Penyerang berusia 29 tahun ini dikatakan menarik minat pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan mahukannya beraksi di Stadium Emirates musim depan. Desas-desus ini juga timbul berikutan laporan bahawa Nicklas Bendtner akan keluar dari Arsenal msuim ini.

Odemwingie menyertai West Brom musim lepas dari kelab Russia, Lokomotiv Moscow. Dia kini mempunyai baki kontrak selama setahun bersama kelabnya itu. West Brom juga dilaporkan sedang berusaha untuk menawarkan kontrak baru kepada Odemwingie tetapi pemain itu masih belum memberikan jawapan. Pemain dari Nigeria itu antara pemain paling menonjol dalam Liga Perdana Inggeris musim lepas dan membantu West Brom untuk terus kekal di Liga. Dia menjaringkan 15 gol dalam 32 penampilan musim lepas.

David Luiz Dikaitkan Dengan Barcelona


Pemain pertahanan Chelsea, David Luiz dilaporkan menarik minat kelab gergasi Sepanyol, Barcelona. Barca dikatakan sedang mencari pemain pertahanan baru kerana kecederaan berterusan yang melanda Carles Puyol dan nama David Luiz disebut-sebut sebagai pemain yang paling layak menggantikan tempat Puyol itu. Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dari kedua-dua kelab Chelsea dan Barcelona mengenai laporan ini.

David Luiz menyertai Chelsea dari Benfica semasa musim perpindahan pemain januari lalu dan menandatangani kontrak selama 5 tahun setengah. Perpindahan itu menelan belanja 25 Juta Euro. Luiz bermain 12 kali untuk Chelsea dan menjaringkan 2 gol dalam proses. Luiz bagaimanapun hilang tempat dalam kesebelasan utama Chelsea selepas Alex pulih dari kecederaan ditambah kesilapan besarnya ketika Chelsea tewas kepada Manchester United dalam saingan Liga sekali gus menutup peluang Chelsea mempertahankan kejuaraan.

Wednesday 22 June 2011

Villas-Boas Mahu Bawa Falcao Bersama ke Stamford Bridge


Pengurus baru Chelsea, Andre Villas-Boas tidak membuang masa dan telah merancang untuk berbelanja dengan kelab barunya itu. Pemain yang menarik minatnya tidak lain, tidak bukan pemain yang pernah beraksi untuknya di Porto, Radamel Falcao.

Falcao merupakan watak terpenting dalam skuad Porto yang menjuarai kejuaraan Treble musim lepas. Penyerang prolifik yang berusia 25 tahun itu menjaringkan 38 gol dalam 42 penampilan bersama Juara Portugal itu musim lepas. Beliau juga merupakan pemain yang memegang rekod penjaring terbanyak Kejohanan kelab Eropah dengan menjaringkan 17 gol melepasi rekod lama yang dipegang lagenda Jerman, Jurgen Klinsmann sekaligus membantu Porto menjuarai Liga Europa.

Villas-Boas mahu sekali lagi bekerjasama dengan Falcao
Pemain yang berasal dari Colombia itu menyertai Porto dari kelab Argentina, River Plate pada 2009. Porto meletakkan harga sebanyak 26 Juta Pound untuk mana-mana kelab yang ingin mendapatkan Falcao. Falcao juga dilaporkan berminat untuk mengikut Villas-Boas sekiranya diberi peluang. Villas-Boas belum diumumkan secara rasmi sebagai pengurus Chelsea tetapi persetujuan telah dicapai oleh kedua-dua pihak berhubung pelantikannya sebagai pengurus baru Chelsea.

Tiket Perlawanan Kelayakan Olimpik Malaysia-Lubnan Dijual Esok


Peminat-peminat bola sepak tanah air yang ingin menyaksikan perlawanan kedua timbal balik pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Lubnan boleh mendapatkan tiket bermula esok. Tiket-tiket itu akan mula dijual bermula jam 3 petang esok di Pintu Kuning Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan penting buat Malaysia ini akan bermula jam 8.45 malam itu, 23 Jun. Tiket yang akan dijual berharga RM 20 untuk tempat duduk terbuka dan RM 30 untuk tempat duduk grandstand. Tiket untuk kanak-kanak bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5.

Staidum Nasional Bukit Jalil menjadi gelanggang pertemuan Malaysia-Lubnan
Dalam perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Sport City di Beirut Ahad lepas, Malaysia berjaya mengikat Lubnan untuk keputusan seri tanpa jaringan. Bersama-sama kita memnuhi Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kebangsaan.

Tuesday 21 June 2011

Jersi Baru Tottenham Hotspurs 2011/2012

Tottenham hari ini melancarkan jersi baru yang akan digunakan sepanjang musim 2011/2012. Ketiga-tiga jersi 'home', 'away' dan 'third' dilancarkan sekaligus oleh Spurs. Jersi ini masih dihasilkan oleh Puma dan merupakan tahun terakhir penajaan Puma dengan Spurs. Mulai musim depan, Jersi Spurs akan dihasilkan oleh syarikat pakaian dari Amerika Syarikat, Under Armour.
Masih lagi menggunakan warna tradisi putih untuk jersi 'home', jersi 'away' pula menggunakan warna 'ungu' dan jersi 'third' yang akan menjadi jersi 'away' untuk pertandingan di Eropah menggunakan warna hitam dengan jalur kuning. Kesemua jersi menggunakan logo baru iaitu Aurasma. Ianya bukanlah penaja baru kepada Spurs tapi merupakan anak syarikat kepada penajanya, Autonomy.

Sedikit berita yang menggembirakan peminat Spurs adalah kemunculan Luka Modric sebagai model untuk mempamerkan jersi baru ini. Ia menunjukkan niat Spurs untuk tidak menjual pemain itu dan akan bermain di White Hart Lane musim depan.

Norshahrul Sah Terlepas Aksi Menentang Taiwan

Penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha disahkan akan terlepas aksi perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menetang Taiwan 29 Jun ini. Norshahrul mengalami kecederaan Hamstring semasa perlawanan Liga Super menentang Perak minggu lepas.

Ketiadaan Norshahrul dijangka bakal menjejaskan persiapan skuad Kebangsaan menjelang perlawanan penting ini. Turut disahkan bakal terlepas perlawanan itu seorang lagi penyerang iaitu Shahrizal Saad. Masalah kecederaan yang melanda skuad Kebangsaan tidak berhenti disitu kerana beberapa lagi pemain masih bergelut untuk cergas 100%. Antaranya ialah Fakri Saarani, S. Chanturu, Hisyamuddin Shaari dan penjaga gol, Syed Adney.
Aidil mengejar masa untuk pulih sebelum aksi dengan taiwan
Bagaimanapun, pemain pertahanan Aidil Zafuan dijangka sempat untuk pulih dari kecederaan semasa menentang Myanmar 2 hari lepas. Aidil yang diusung keluar sebaik mengalami kecederaan sudah menjalani latihan ringan bersama skuad kebangsaan. Paling melegakan adalah kembalinya penyerang Safee Sali menyarung jersi kebangsaan. Kehadiran penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki ini tentunya memberikan impak besar kepada skuad kebangsaan yang kekurangan pemain penyerang akibat kecederaan.

Kehadiran Safee bakal memperkuatkan jentera serangan
Skuad kebangsaan dijadualkan membuat 1 lagi perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Taiwan. Lawan untuk perlawanan yang akan berlangsung pada 24 Jun ini bagaimanapun belum diputuskan lagi oleh FAM.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...