Saturday 12 March 2011

United vs Arsenal; Suku Akhir FA Cup

Perlawanan menarik suku akhir Piala FA England berlangsung malam ini di mana 2 kelab teratas Liga Perdana Inggeris berentap sesama sendiri memburu tempat ke peringkat separuh akhir. Manchester United akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal dengan kedua-dua kelab kini bergelut dengan masalah kecederaan pemain.


United mahu bangkit segera daripada 2 kekalahan berturut-turut kepada Chelsea dan Liverpool minggu lepas yang menyebabkan hasrat untuk menjuarai Liga musim ini terbantut. Namun, tugas ini tidak mudah dengan kecederaan yang menimpa pemain paling penting musim ini, Nani. Nani yang mengalami kecederaan di betis akibat terjahan keras oleh Jamie Carragher dilaporkan terpaksa berehat sehingga hujung bulan ini. Rio Ferdinand, Johnny Evans dan Park Ji Sung juga masih mengalami kecederaan dan tidak akan diturunkan. Park Ji Sung menjadi duri dalam daging buat Arsenal kerana telah menjaringkan gol dalam setiap 3 perlawanan sebelum ini antara 2 pasukan ini.  Berita gembira untuk United adalah kapten pasukan, Nemanja Vidic kembali bersama skuad selepas digantung 1 perlawanan dan pemain Ecuador, Antonio Valencia diberitakan sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan yang dialami di awal musim dan mungkin akan membuat penampilan pertama pada 2011 menentang Arsenal.


Arsenal pula mengalami krisis penjaga gol dimana mereka kini hanya mempunyai seorang penjaga gol yang cergas iaitu Manuel Almunia. 2 penjaga gol utama, Lukas Fabianski dan Wojciech Szczesny masing-masing mengalami kecederaan manakala penjaga gol simpanan Vito Mannone dipinjamkan ke kelab lain sepanjang musim ini. Kapten pasukan, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan semasa Liga Juara-Juara Eropah di Nou Camp turut diketepikan bersama-sama Theo Walcott, Alex Song dan Thomas Vermaelan. Robin Van Persie akan sekali lagi memikul tanggungjawab sebagai ketua pasukan untuk perlawanan malam ini.


Saksikan perlawanan menarik ini di Astro 813 STARSports. Sepak mula jam 1.15 pagi. 1 lagi perlawanan yang berlangsung malam ini adalah antara Birmingham City dan Bolton Wanderers yang juga disiarkan di Astro 813 STARSports jam 8.45 malam.


Ramalan BBT: United 1 - Arsenal 0


Senarai Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris
Kecederaan Nani Tidak serius

2 comments:

  1. Apa barang ramalan pilih United menang.
    Takpa Arsenal akan buktikan ramalanmu tidak benar belaka subuh nanti!!

    Aku ramal Arsenal menang 2-1! Go Gunners!!

    ReplyDelete
  2. ramalanmu benar blake...

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...