Friday 18 March 2011

Preview Piala FA ; Kelantan Hadapi Laluan Sukar


Kelekaan di penghujung perlawanan pertama suku akhir Piala FA selasa lalu menyebabkan Kelantan terpaksa menhadapi laluan yang sukar pada perlawanan kedua timbal balik sabtu ini menentang Felda United. Felda dilihat punyai sedikit kelebihan dengan bekalan 2 gol di tempat lawan. Pada perlawanan pertama lalu, Kelantan seri 2-2 dengan Felda apabila Liew Kit Kong menyempurnakan sepakan penalti yang 'dihadiahkan' kepada Felda di minit-minit terakhir. Felda cuma seri 0-0 ataupun 1-1 untuk layak ke separuh akhir berdasarkan peraturan gol di tempat lawan. Kelantan bagaimanapun masih berpeluang apabila permainan sabtu ini akan dilangsungkan sekali lagi di Stadium Sultan Muhammad ke-iv dengan Felda menjadi tuan rumah.


Kelantan akan seperti biasa mengharapkan Norshahrul Idlan Talaha di depan gol. Norshahrul bagaimanapun dilihat memerlukan bantuan daripada pemain-pemain lain yang selama ini kurang membantu. Pemain seperti Khalid Jamlus, Daniel Fadzly dan Nizad Ayub dilihat seolah-olah 'tidak layak' untuk bermain untuk skuad The Red Warriors dengan prestasi hambar setiap kali bermain. Ketiadaan penyerang, Mohd Ramzul Zahini yang mengalami kecederaan semasa menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super awal bula lalu kini amat dirasai. Ramzul yang mula memperolehi keserasian dengan Norshahrul sekali lagi dilanda kecederaan yang pernah membuatkannya berehat panjang. Kelantan akan kembali mendapatkan khidmat pemain bek kiri, Zairul Fitree yang digantung pada perlawanan pertama akibat 2 kad kuning. Kelibat Rizal Fahmi yang pertama kali dipanggil oleh K. Rajagobal untuk skuad kebangsaan juga diharap dapat mengelak Kelantan dari bolos lagi.


Felda yang semakin meningkat naik kebelakangan ini akan kembali ke Kota Bharu dengan melihat mereka mempunyai peluang untuk mara. Felda sebelum ini ke Kuala Terengganu untuk berehat dan menjalani latihan sebelum perlawanan kedua ini. Bersama-sama kita memberi sokongan. Berikut senarai semua perlawanan Piala FA:

2 comments:

  1. wakilkan negeri masing-masing untuk join kempen earth hour....

    http://aazzrruull.blogspot.com/2011/03/earth-hour-jom-tutup-lampu-pada-26-mac.html

    ReplyDelete
  2. aku harap pemain kelantan xputus usaha sbb peluang masih ada..pastikan menang mlm ni utk dpt peluang ke separuh akhir..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...