Thursday 31 March 2011

Preview Liga Super; Kelantan Lawan Harimau Muda A


Aksi Liga Super Malaysia 2011 kembali selepas berehat selama 3 minggu kerana memberi laluan untuk aksi Piala FA dan perlawanan persahabatan skuad Kebangsaan menentang Etoile FC sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan 2 kejohanan utama dunia bolasepak iaitu Sukan Olimpik London 2012 dan Piala Dunia Brazil 2014. Pusingan ke-8 perlawanan Liga Super ini akan menemukan psukan tangga teratas Liga, Kelantan menentang skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Harimau Muda A.


Kembalinya 4 pemain yang dipanggil K. Rajagobal untuk perlawanan persahabatan menentang Etoile FC iaitu Norshahrul, Rizal Fahmi, S. Chanturu dan Khairul Fahmi tentunya akan menguatkan lagi pasukan Kelantan lebih-lebih lagi apabila melihat aksi pemain terbaik perlawanan itu, Norshahrul yang sangat lincah di tengah padang. 4 pemain ini sangat mengenali pemain-pemain Harimau Muda semasa mewakili Malaysia dan sudah fasih dengan permainan setiap pemain. Kelantan semestinya mahu menang perlawanan ini untuk menebus kekalahan pertama mereka musim ini dalam Liga Super di tangan Pahang 3 minngu lepas.
Pasukan Harimau Muda A sememangnya tidak boleh dipandang rendah. Ramai pemain-pemain yang mewakili Malaysia semasa memenangi Piala AFF Suzuki kini bermain untuk pasukan ini. Kekuatan pasukan adalah barisan pertahanan yang dikemudi 2 pertahanan kental utama negara Mohd Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sambil dibantu Mahali Jasuli. Harimau Muda juga mendapat berita gembira apabila penyerang utama, Izzaq Faris telah pulih dari kecederaan dan berkemungkinan besar akan diturunkan pada perlawanan ini. Walaupun matlamat utama pasukan Harimau Muda menyertai Liga Super adalah untuk mencari pengalaman kerana mereka masih muda, namun selepas 6 perlawanan, cabaran Harimau Muda nampak seperti lebih daripada sekadar latihan tetapi berupaya untuk mencabar pasukan-pasukan lain.


Perlawanan ini akan berlangsung pada malam esok, 1 April di Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu. Bagi yang tidak berpeluang ke stadium, Astro Arena akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung. Bagi yang tiada Astro pula, jangan risau, BBT akan memberikan keputusan terkini perlawanan sepanjang masa permainan.

Barisan kemungkinan:

Kelantan - Khairul Fahmi, Zairul Firee, Rizal Fahmi, Farisham, Daudsu, Shakir, Badhri Radzi (c), Nurul Azwan, S. Chanturu, Daniel Fadzly, Norshahrul
Harimau Muda - Izham Tarmizi, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad (c), Fadhli Shas, Fandi Othman, K. Gurusamy, Gary Steven, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris.

Ramalan BBT: Kelantan 2-1 Harimau Muda

Jadual Perlawanan matchday8 Liga Super
Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super
Kedudukan Terkini Liga Super

1 comment:

  1. harap pemain2 yg bakal mewakili malaysia nanti dpt berikan yg terbaik..tak sabar nak tgk kegemilangan semula team negara..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...