Friday 4 March 2011

Piala FA: Khairul Fahmi (Apex) Tidak Dibenarkan Bermain


Berita ini mungkin akan merisaukan penyokong-penyokong The Red Warriors. Penjaga gol utama Kebagsaan, Khairul Fahmi tidak akan beraksi bersama Kelantan malam ini dalam saingan Piala FA kerana tidak mendapat pelepasan dari FAM. Dia terpaksa melupakan aksi ini kerana kena melaporkan diri untuk latihan bersama skuad olimpik negara bagi saingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Pakistan. Pekara ini disahkan Presiden Kafa sendiri, Tan Sri Annuar Musa dalam 'facebook' beliau. Jadi, penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan Ismail akan ditugaskan memikul tanggungjawab sebagai penjaga gol pada aksi menentang Johor FC nanti. Shahrizan merupakan penjaga gol utama pada saingan Piala Emas Raja-Raja lepas yang menyaksikan Kelantan muncul juara.

Preview Piala FA; Johor FC Lawan Kelantan

3 comments:

  1. nor, sg petani4 March 2011 at 15:32

    x pe la janji buat yg terbaik utk Kelate.....insya Allah.....

    ReplyDelete
  2. tak payah pakai keeper pun tak apa klate tetap menang......

    ReplyDelete
  3. puyohayam jgn kato gituh...harap2 shahrizan dpt meneruskan kegemilangan apex...moga kelantan menang

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...