Tuesday 22 March 2011

Liverpool, Chelsea Uji Skuad Negara Julai Ini...


2 kelab gergasi Liga Perdana Inggeris mengesahkan bahawa mereka akan menentang skuad negara dalam perlawanan persahabatan sempena jelajah Asia kedua-dua kelab itu pada Julai ini. Perkara ini diumumkan oleh datuk Azzudin, Setiausaha agung FAM petang tadi. Kedua-dua perlawanan yang dijadualkan hanya berselang 3-4 hari dengan tarikhnya akan diumumkan kemudian itu akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini merupakan lawatan pertama Liverpool ke Malaysia selepas terpaksa membatalkan kunjungan pada 2008 lalu, manakala bagi Chelsea pula, ini merupakan kali kedua mereka datang ke Kuala Lumpur. Dalam perlawanan persahabatan kali pertama 3 tahun lalu, Chelsea menewaskan skuad kebangsaan 2-0. Ini adalah peluang terbaik bagi skuad negara bermain dengan pemain-pemain bertaraf dunia dan akan memberikan pengalaman yang berguna kepada mereka. Kali terakhir kunjungan Kelab gergasi Manchester United pada 2009 memberikan kesan yang positif kepada pasukan Harimau Malaya. Selepas perlawanan persahabatan itu, Skuad K. Rajagobal melalui zaman yang cemerlang dengan memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 dan juga Menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama penghujung tahun lalu. Perlawanan ini juga akan memberikan peluang kepada peminat-peminat bolasepak negara untuk menyaksikan sendiri pasukan kegemaran mereka secara lebih dekat.

1 comment:

  1. Satu perkembangan positif buat arena bolasepak negara. Peluang terbaik bg pemain menimba pengalaman. Peminat pula tentu suka dapat menyaksikan kehadiran bintang dan aksi pasukan kegemaran mereka. :D

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...