Saturday 12 March 2011

Laporan Penuh: Pahang 2 Kelantan 0

Pahang meleburkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam saingan Liga Super apabila menang 2-0 di Stadium Darul Makmur. Kekalahan ini adalah yang pertama dalam 7 permainan dimana sebelum ini Kelantan menang 4 kali dan seri 2 kali.


Pada separuh masa pertama, pasukan Kelantan bermula dengan baik menyerang sejak awal sepak mula dengan gandingan penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Daniel Fadzly. Namun setiap serangan berjaya dipatahkan oleh bahagian pertahanan Pahang yang dikemudi kapten pasukan, Jalaludin Jaafar. Kelantan hampir memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma Badhri Radzi atau Piya tetapi penjaga gol Pahang cemerlang menyelamatkan bola. Satu serangan yang dilancarkan Pahang pada hujung permainan separuh masa pertama berhasil apabila R. Surendran berjaya meletakkan Pahang di depan 1-0 selepas berjaya menewaskan Khairul Fahmi di gawang Kelantan.


Kelantan yang ketinggalan pada separuh masa pertama membuat pertukaran pemain pada separuh masa kedua dengan mengeluarkan Daniel Fadzly yang dilihat kurang berkesan dan memasukkan K. Soley. Pahang memulakan separuh masa kedua dengan meyakinkan dengan melancarkan serangan demi serangan pada awal permainan. Kelantan kemudiannya terus menguasai permainan dan Pahang hanya bertahan dengan bersungguh-sungguh. Bahagian pertahanan Pahang bermain agak keras dan menyaksikan beberapa layangan kad kuning dari pengadil permainan. Kelantan terus menyerang bertubi-tubi sehingga penghujung saingan. Namun, kelekaan Kelantan mengundang padah apabila pemain gantian, Mohd Faizol Hussain berjaya menjaringkan gol kedua pahang dan sekaligus menutup saingan Kelantan. Perlawanan tamat dengan keputusan 2-0.


Keputusan penuh Liga Super 12/3 
Kedudukan terkini Liga Super

6 comments:

  1. Hahahahahaha....

    ReplyDelete
  2. keputusan perlawanan lain x update?

    ReplyDelete
  3. ader, dh update 2... nnti tngu update table ngn topscorer plak....

    ReplyDelete
  4. hurmm,, ulasan yg sedap juga di dengar..

    lesson for kelantan. bagus2.. supaya jgn leka n keep learning. tp sayang r rekod pecah mlm ni.
    tercalar sudah.

    ReplyDelete
  5. perak still x kalah...
    perak terbaek..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...