Tuesday 8 March 2011

Kecederaan Nani Tidak Serius


Pemain sayap Manchester United, Nani yang terpaksa diusung keluar selepas dikasari oleh Jamie Carragher dalam perlawanan Liga perdana Inggeris Ahad lalu diberitakan tidak mengalami kecederaan yang serius. Bagaimanapun, bintang Portugal itu perlu menjalani rawatan dan kemungkinan terlepas aksi bersama United untuk tempoh selama hampir 3 minggu. Carragher hanya menerima kad kuning selepas membuat terjahan keras itu dalam perlawanan yang menyaksikan United kecundang 3-1. Nani dalam Twitter berterimakasih atas semua sokongan yang diberikan kepadanya selepas kejadian itu dan beliau juga berharap dapat kembali beraksi dengan segera. Pemain yang berusia 24 tahun itu merupakan pemain paling penting dalam skuad United tahun ini dan juga salah seorang pemain calon 'Player of The Season' musim ini. Beliau telah menjaringkan 9 gol dan membantu dalam 13 gol dalam 25 aksi Liga setakat ini.

Inilah 'terjahan' keras Carragher keatas Nani yang menyebabkannya terpaksa diusung keluar.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...