Tuesday 1 March 2011

Chelsea Lawan United: Siapa Lebih hebat..???

Awal pagi esok Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan bertandang ke Stamford Bridge dalam perlawanan yang diatur semula selepas tidak dapat bermain kerana salji tebal awal tahun lalu. Sekiranya United berjaya menewaskan Chelsea, ini bermakna United akan terus berada di takhta liga dengan kelebihan 7 mata berbanding Arsenal tetapi sekiranya Chelsea yang berjaya, ini akan meletakkan kembali Blues di kelompok 4 teratas untuk mengejar slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti dalam satu sidang akhbar masih belum mengesahkan samaada akan menurunkan Didier Drogba ataupun Fernando Torres ataupun kedua-duanya sekali pada perlawanan penting ini. Torres masih belum mendapat keserasian dengan pasukan barunya itu dan setakat ini belum lagi berjaya menjaringkan sebarang gol. Drogba pula amat kecewa kerana tidak diturunkan Chelsea dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang FC Copenhagen minggu lepas dan menegaskan akan meninggalkan Chelsea sekiranya dia gagal diturunkan dalam kesebelasan utama. Pertahanan kontroversi, Ashley Cole, yang tertembak seorang pelatih di padang latihan Chelsea 2 hari lepas, akan turun beraksi walaupun baru mengalami insiden itu.


Manchester United pula masih lagi segar dari kemenangan besar membelasah Wigan Athletic sabtu lalu akan turun tanpa Rio Ferdinand, Anderson dan Park Ji Sung yang masih mengalami kecederaan tetapi pemain veteran Ryan Giggs sudah pulih dan mungkin akan diturunkan malam ini. Sir Alex Ferguson juga mempunyai masalah memilih pemain bahagian serangan kerana prestasi baik yang ditunjukkan Penyerang Mexico, Javier Hernandez yang menjaringkan 2 gol sebelum ini. Penjaring terbanyak liga, Dimitar Berbatov juga beraksi baik selepas dimasukkan menggantikan Hernandez. Wayne Rooney sudah pasti akan diturunkan selepas terlepas dari tindakan penggantungan 3 perlawanan dari FA England selepas dilihat dengan sengaja menyiku pemain Wigan, James McCarthy. Chris Smalling sekali lagi akan membantu Vidic di bahagian pertahanan selepas menunjukkan aksi yang amat meyakinkan dalam 2 perlawanan sebelum ini.

Saksikan perlawanan yang dijangka hebat ini di saluran 817 Astro Supersport3, 3.45 pagi.

Barisan Kemungkinan:
Chelsea- Cech, Bosingwa, Ivanovic, Terry(c), Cole, Lampard, Essien, Ramires, Drogba, Torres, Anelka
United- Van Der Sar, O'Shea, Smalling, Vidic(c), Evra, Carrick, Fletcher, Scholes, Nani, Berbatov, Rooney

Ramalan BBT: Chelsea 0-1 United

Senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris

5 comments:

  1. seri sudah....predict 1-1

    ReplyDelete
  2. aku sentiasas menyokong mu..tapi game ny law menang memang cerah menang bpl

    ReplyDelete
  3. kalo bleh menang, cnfirm dapat title ke-19 season ni...

    ReplyDelete
  4. jgn over confident sgt arsyan... :p
    (ayat buku strekkkkkk) hahahaha...

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...