Thursday 24 March 2011

Benitez Mahu Kembali ke Anfield


Bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez menyatakan hasrat bahawa beliau ingin suatu hari nanti kembali menjadi pengurus Liverpool. Benitez dalam satu temubual memuji pengurus sekarang, Kenny Dalglish kerana berjaya mengeluarkan Liverpool dari krisis pada awal musim semasa diterajui Roy Hodgson. Benitez yang tidak mempunyai sebarang tugas selepas meninggalkan Inter Milan hujung tahun lalu kerana aksi yang kurang memberangsangkan juga tidak menolak untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris sebagai pengurus kelab lain selain Liverpool tetapi akan menolak sekiranya menerima tawaran daripada 2 kelab musuh Liverpool, Manchester United dan jiran di Merseyside, Everton. Benitez masih lagi dianggap hero oleh segelintir peminat setia The Reds apabila membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-Juara Eropah pada 2005 selepas menewaskan AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti. Pengurus yang berasal dari Madrid dan berusia 50 tahun itu meninggalkan Liverpool penghujung musim lepas selepas Liverpool terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah dan sekadar menduduki tangga ke-7 Liga. Semalam, bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho juga menyatakan hasrat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris satu hari nanti.


Mourinho; Urusan saya belum selesai

4 comments:

  1. compare la liga, serie a, mmg epl t'baek....

    ReplyDelete
  2. lebih baik lupakan liverpool...

    ReplyDelete
  3. tak payah la Rafa..
    King Kenny dh ade..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...