Wednesday 9 March 2011

Barcelona Mara, Singkirkan Arsenal


Barcelona menepati ramalan sebagai pasukan pilihan pada Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila menewaskan Arsenal 4-3 secara agregat. Dalam perlawanan awal pagi tadi, Barca menundukkan Arsenal 3-1 hasil 2 jaringan Lionel Messi dan 1 lagi dari ketua pasukan, Xavi Hernandez.
Di hadapan 95,000 penyokong yang memenuhi Stadium Nou Camp, Barca memulakan permainan dengan yakin dan mendominasi hampir 70% penguasaan bola awal permainan. Arsenal kehilangan penjaga gol, Wojciech Szceszny yang mengalami kecederaan jari pada minit ke-17 selepas gagal menangkap kemas bola sepakan percuma dari Dani Alves. Dia digantikan dengan Manuel Almunia. Ketika separuh masa pertama seolah-olah akan berakhir tanpa sebarang jaringan, kesilapan kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang kehilangan bola terus dihukum Messi yang bijak memperdaya manuel Almunia untuk gol pembukaan Barca.


Pada separuh masa kedua, Arsenal cuba untuk mendapatkan gol penyamaan dan hasil daripada 1 tendangan sudut dari samir nasri, Sergio Busquet tertanduk bola ke gawang sendiri untuk 'membantu' The Gunners mengikat kedudukan. Arsenal menerima tamparan apabila terpaksa bermain 10 orang hanya 4 minit selepas berjaya menyamakan kedudukan apabila Robin Van Persie dilayang kad kuning kedua selepas menyepak bola meskipun pengadil, Massimo Bussaca telah meniup wisel kerana offside. Barca mengambil kesempatan itu dengan Xavi berjaya meletakkan Barca kembali di hadapan dan menyamakan aggregat hasil permainan 1,2 kemas antaranya dengan David Villa. Selang 2 minit, Barca dihadiahkan sepakan penalti apabila Pedro dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Koscielny. Dia bernasib baik tidak dibuang padang kerana telah mendapat kad kuning sebelum itu. Messi tenang mengambil sepakan penalti dan menewaskan Almunia. Arsenal yang terdesak memasukkan Andrey Arshavin, wira mereka semasa menang di Emirates namun gagal merubah keputusan. Barcelona akhirnya mara ke peringkat suku akhir dan Arsenal terpaksa berputih mata.

Dalam 1 lagi saingan, Juara Ukraine, Shakhtar Donetsk turut berjaya apabila membelasah AS Roma 3-0 untuk layak dengan aggregat 6-2.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...