Sunday 22 May 2011

Owen Hargreaves Sah Tinggalkan United

Kecederaan lutut menghalang Hargreaves bermain secara konsisten
 Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengesahkan hari ini bahawa kontrak Owen Hargreaves tidak akan disambung dan akan dilepaskan berakhir musim ini. Hargreaves yang bergelut dengan kecederaan lutut yang sudah lama berlarutan gagal untuk cergas dan bermain secara konsisiten selama 5 tahun berada di Old Trafford. United membeli Hargreaves dari Bayern Munich selepas aksi cemerlang pemain itu semasa kempen Piala Dunia England di Jerman 2006. Hargreaves dinamakan sebagai pemain terbaik England sepanjang kejohanan.

Ferguson sahkan kontrak hargreaves tidak akan disambung
 United menandatangani kontrak 5 tahun dengan Hargreaves dalam urusniaga yang menyaksikan Beyern menerima 17 Juta Pound untuk pemain itu. Pemain yang kini berusia 30 tahun itu bagaimanapun hanya mampu beraksi sebanyak 39 kali sepanjang 5 tahun ini; 1 angka yang amat mengecewakan dengan jumlah yang dibayar. Hargreaves telah menerima rawatan dari ramai pakar di seluruh dunia tetapi gagal untuk memulihkan masalah lututnya itu. Hargreaves belum lagi membuat keputusan samaada akan bersara atau ingin terus bermain selepas ini dengan mencari kelab baru.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...