Saturday 28 May 2011

Man United vs. Barcelona; Siapa Raja Eropah..???


Pertembungan klasik juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Juara La Liga Sepanyol, Barcelona dalam final Liga Juara-Juara Eropah malam ini merupakan perlawanan terbesar tahun ini. Perlawanan akan dilangsungkan di Stadium Wembley di London, stadium kedua terbesar di Eropah selepas Nou Camp.


Barcelona menaruh harapan kepada Messi
 Barcelona kini dianggap sebagai pasukan terbaik di dunia dengan pemain terbaik dunia, Lionel Messi dalam pasukan mereka. Messi kerupakan penjaring terbanyak di Liga Juara-Juara Eropah setakat ini dengan 11 gol. Barcelona juga merupakan pasukan yang menjaringkan gol paling banyak dalam kejohanan sama. Dibantu rangkaian tengah yang prolifik seperti Xavi dan Iniesta, Barcelona sememangnya tidak mempunyai banyak masalah untuk merobek pertahanan lawan. Barisan pertahanan juga tidak kurang hebatnya. Dani Alves kerap membuat serangan dari bawah yang akan mengucar-kacirkan pertahanan lawan disamping Gerard Pique dan kapte, Puyol di bahagian tengah pertahanan.

Peluang United menang bergantung kepada prestasi Rooney
Manchester United pula adalah pasukan paling baik di bahagian pertahanan dalam kejohanan ini musim ini. kelibat kapten pasukan, Vidic bersama-sama Ferdinand di bahagian tengah pertahanan sememangnya bukan mudah untuk ditembusi. Di bahagian tengah, pemain veteran, Ryan Giggs yang setakat ini cemerlang dalam perlawanan peringkat suku akhir dan separuh akhir dijangka menjadi nadi untuk menggerakkan serangan United. Wayne Rooney sekali lagi akan berperanan penting dalam pertemuan ini dan dianggap sebagai penentu kepada keputusan perlawanan. Jika beliau bermain dengan baik, maka United mempunyai peluang malam ini. Rooney akan membantu Javier Hernandez di bahagian serangan. Hernandez menjaringkan 4 gol setakat ini dalam kejohanan tahun ini dan telah menjadi watak utama dalam skuad United.

Stadium Wembley menjadi venue final tahun ini
Diatas kertas, Barcelona dilihat mempunyai kelebihan tetapi sekiranya mengambil faktor bermain di England, maka Manchester United juga mempunyai peluang yang baik. Percaturan kedua-dua pengurus, Alex Ferguson dan Pep Guardiola juga penting dalam menentukan keputusan perlawanan malam ini. Perlawanan akan bermula jam 2.45 pagi waktu Malaysia.

Apakah ramalan anda..???

1 comment:

  1. Ramalan BBT:
    Man utd menang 2-0. Rooney dan Chicharito.!!
    Glory2 Man Utd...

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...