Saturday 21 May 2011

Harry Redknapp Bakal Ganti Carlo Ancelotti..???


Satu laporan akhbar di England hari ini mendakwa pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp bakal menggantikan tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus Chelsea sekiranya Ancelotti dipecat oleh Roman Avramovich. Ini kerana Redknapp dilihat mampu mengembalikan prestasi sebenar Chelsea selepas gagal meraih sebarang kejuaraan dalam musim yang mengecewakan.

Redknapp telah membawa Spurs dari kelompok penyingkiran 3 musim lepas kepada satu pasukan yang disegani dalam Liga Perdana Inggeris mahupun di peringkat Eropah. Spurs yang pertama kali layak ke Liga Juara-Juara Eropah awal musim ini berjaya layak ke peringkat suku akhir sebelum disingkirkan oleh Real Madrid. Redknapp kini berusi 64 tahun dan merupakan antara pengurus tertua dalam Liga Perdana Inggeris.

Ancelotti mahu kekal di Chelsea tetapi keputusan terletak ditangan Avramovich
Bagaimanapun, laporan ini belum disahkan oleh mana-mana pihak lagi. Avramovich masih belum memutuskan samaada terus mengekalkan atau memecat Ancelotti. Guus Hiddink juga sering dikaitkan dengan Chelsea dan juga dikatakan akan ditawarkan jawatan itu sekiranya Ancelotti dipecat akhir musim ini.

4 comments:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...