Monday 23 May 2011

Chelsea Pecat Carlo Ancelotti

Ancelotti dipecat selepas gagal meraih sebarang trofi
 Chelsea secara rasmi telah memecat pengurus mereka, Carlo Ancelotti selepas berakhir musim yang mengecewakan buat Chelsea dimana mereka gagal meraih sebarang trofi. Kenyataan ini dikeluarkan beberapa jam selepas Chelsea mengalami kekalahan kepada Everton dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Ini adalah musim kedua buat Ancelotti selepas cemerlang pada kempen sebelum ini apabila membantu Chelsea meraih 2 piala iaitu Juara Liga dan Juara Piala FA. Chelsea hanya sekadar menghabiskan musim di tangga kedua Liga dengan 71 mata, 9 mata dibelakang Juara, Manchester United. Dalam saingan Liga Juara-Juara pula, mereka juga disingkirkan oleh United di pusingan suku akhir. Meskipun berbelanja besar pada musim perpindahan Januari dengan membeli Fernando Torres dengan rekod perpindahan 50 Juta Pound, kegagalan sekurang-kurangnya meraih 1 piala amat mengecewakan Roman Avramovich.

Villas-Boas cemerlang bersama Porto meraih kejuaraan Trebel
Kini, terdapat pelbagai spekulasi mengenai siapakah yang layak dan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ancelotti itu. Guus Hiddink yang dianggap pilihan oleh Avramovich sendiri dikatakan hampir pasti diberikan tugas ini. Hiddink pernah menjadi pengurus sementara kepada Chelsea 2 musim lepas. Turut dikaitkan adalah pengurus dari belanda, Marco van Basten dan juga bekas pengurus Barcelona, Frank Rijkaard. Terbaru, pengurus Poorto, Andre Villas-Boas turut dikaitkan dengan Chelsea.

4 comments:

  1. Sepatutnya bagi la peluang Ancelotti..last season menang double tu..satu season tak menang apa2 terus sack..cmna nk stabil..anyway good luck don Carlo

    ReplyDelete
  2. Avramovich nk menanag je dia tau.... Xleh nk salahkan dia jgk sbb da byk duit dia laburkan, msti la nk lihat hasilnya....

    ReplyDelete
  3. tak habis habis nak suck orang! Yahudi betul! hahaha!

    ReplyDelete
  4. carlo ancelotti kini melatih SELANGOR!!!

    http://chronohunterz.blogspot.com/2011/05/carlo-ancelotti-kini-pengurus-dan.html

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...