Monday 30 May 2011

Berbatov Hampir Pasti Tinggalkan United


Penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov hampir pasti akan meninggalkan Manchester United selepas tidak dimasukkan dalam senarai 18 pemain dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan United tewas 3-1 kepada Barcelona. Berbatov dikatakan amat kecewa dengan keputusan Ferguson itu dan dilaporkan mahu meninggalkan United musim depan.

Modric menjadi pilihan United ganti Scholes
Manchester United juga dilaporkan sedia mendengar sebarang tawaran yang akan dikemukakan untuk pemain yang dibeli dengan harga 30.75 Juta Pound dari Tottenham dulu. Turut dikaitkan adalah tawaran pertukaran pemain dengan United dilihat mahu menukar Berbaov kembali ke kelab asal dan mendapatkan Luka Modric sebagai syarat. United bagaimanapun perlu menambah 5-10 Juta Pound lagi untuk perjanjian berjalan. Berbatov memulakan musim dengan bergaya tahun ini dan menjadi pemenang kasut emas dengan 21 gol dalam Liga Perdana Inggeris, berkongsi dengan Carlos Tevez. Namun, kehadiran Javier Hernandez membataskan aksi Berbatov dan kerap memanaskan bangku simpanan di penghujung musim.

2 comments:

  1. tidak pasti nasib berba musim depan..harap ada lagi

    ReplyDelete
  2. sian berbatov lepas ni mesti tak der peminat MU yang ingat akan berbatove lagi...

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...