Monday 2 May 2011

2 Kelab Manchester Berebut Sneijder


Manchester United dan Manchester City hari ini dilaporkan berminat untuk mendapatkan bintang Inter Milan dan Belanda Wesley Sneijder. United yang telah lama memerhatikan dengan minat perkembangan Sneijder di San Siro dikatakan akan membuat tawaran kepada Inter namun jiran mereka, City juga dikatakan sanggup membayar sehingga 30 Juta Pound untuk mendapatkan Sneijder. Inter Milan bagaimanapun meletakkan 'harga' 35 Juta Pound untuk pemian tengah mereka itu. Rakan sepasukan Sneijder untuk skuad Belanda, Nigel de Jong sangat gembira dengan perkhabaran ini dan beliau percaya Sneijder akan menjadi pemain yang berjaya di Eastland. City dilihat mempunyai peluang cerah dengan sumber kewangan yang lebih berupaya berbanding United.

Sanchez antara bintang muda paling menyerlah kini

Selain Sneijder, bintang Chile dan Udinese, Alexis Sanchez juga diminati kedua-dua kelab Manchester ini. Pemain sayap berusia 22 tahun itu cemerlang dalam kempen Piala Dunia bersama Chile dan juga watak penting kepada Udinese dalam mengejar tempat ke Liga Juara-Juara eropah musim depan. United dikatakan sanggup berbelanja 18 Juta Pound untuk pemain ini tetapi Udinese tidak mahu melepaskan Sanchez untuk nilai kurang dari 32 Juta Pound.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...