Friday 1 April 2011

Keputusan Terkini Liga Super: Kelantan (2) vs Harimau Muda (1)

kesebelasan utama pemain;

Kelantan- Khairul Fahmi, Subramaniam, Farisham, Rizal Fahmi, Zairul Fitree, Shakir, Piya, K. Soley, Nurul Azwan, Chanturu dan Norshahrul.
Harimau Muda- Zamir Selamat, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Faizal, Affizie Faisal, Fandi Othman, Gurusamy, Wan Zaharulnizam, Irfan Fazail, Syahid Zaidon, Thamil Arasu

Update 1:
Kelantan 1-0 Harimau. Gol sendiri Fadhli Shas minit ke 11. K. Soley menerima hantaran cantik zairul fitree dan sepakan lintang Soley tertampan fadhli ke gawang sendiri.

Minit 13-Rembatan kencang kaki kiri Nurul Azwan menggegar palang gol.

Minit 22- Wan zaharulnizam merembat dariluar kotak penalti berjaya ditepis keluar untuk sepakan penjuru Harimau Muda.

Update 2:
Minit 26-Kelantan 2-0 Harimau Muda. Jaringan S. Chanturu selepas kesilapan pertahanan harimau Muda.

Minit 31- Rembatan leret Nurul azwan luar kotak penalti dikeluarkan oleh pertahanan.

Minit 35- Chanturu melepaskan peluang apabila sepakan hasil hantaran lintang Nurul tersasar.

Minit 42- Tandukan Chanturu hanya sedikit tersasar ke sisi gol. hantaran lintang cantik dari K. Soley. harimau muda memperlahan rentak permainan dan hanya mencuba sekali sekala dari jarak jauh.

Update 3:
Minit 44- Harimau Muda merapatkan kedudukan. Kelantan 2-harimau muda 1. Jaringan Irfan Fazail semasa kelam kabut depan pintu gol kelantan.

Tamat separuh masa pertama. Kelantan 2-1 Harimau Muda.

Separuh masa Kedua:

Kelantan membuat pertukaran memasukkan Khairan Ezwan razali menggantikan kapten, Piya. Norshahrul kini menjadi kapten pasukan.

Minit 50- hantaran jauh cantik dari Norshahrul kepada Soley. Soley mambawa bola hampir ke kotak penalti dan melepaskan rembatan kaki kiri tetapi jauh tinggi melayang melepasi palang.

Minit 62- Pertukaran pemain Harimau Muda. Wan Zack dan Syahrul Azwari ganti Wan Zaharulnizam dan Tamil Arasu. Pertukaran pemain kelantan Aziz Ismail ganti Nurul Azwan Roya.

Minit 64- Harimau muda hampir berjaya menyamakan kedudukan namun sepakan fandi othman hanya sedikit tersasar.

Minit 72- Serangan bertubi-tubi harimau muda sekali lagi hampir berjaya. hantaran lintang mahali jasuli gagal ditampan Fandi othman yang sedikit sahaja terlewat. Kelantan betul-betul bernasib baik kali ini.

Minit 75- Harimau Muda semakin bernafsu mencari gol. Membuat pertukaran memasukkan penyerang berbisa Izzaq Faris menggantikan Syahid zaidon.

Minit 81- kelantan mendapat 1 sepakan percuma hanya depan sedikit dari petak penalti. Diambil oleh zairul Fitree dan berjaya diselamatkan penjaga gol, zamir.

Minit 83- Chanturu mempunyai peluang keemasan apabila situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol tapi sepakan chanturu sangat lemah dan mudah ditangkap.

Tamat permainan. Kelantan berjaya menewaskan Harimau Muda 2-1.

1 comment:

  1. tak selamat lgi tu..
    tmbh gol lgi la...

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...