Saturday 9 April 2011

Keputusan Terkini Liga Super: Kelantan (6) vs Felda (0)


Keputusan terkini perlawanan Liga super antara Kelantan dan Felda United mulai 8.45 malam.

Kesebelasan utama Kelantan:
Apex, Daudsu, Farisham, Rizal, Zairul, Shakir, Danial, Soley, Chanturu, Roya, Talaha (c).

Update 1:
- Piya digugurkan dari skuad kerana prestasi kurang konsisten. Norshahrul dilantik kapten pada perlawanan ini. Kelantan menyerang sebaik sepak mula untuk mencari gol awal.
- keputusan terkini, perak mendahului sabah 1-0. lain-lain perlawanan masih tiada gol.
- Minit 13, Norshahrul hampir menjaringkan gol menerusi tandukan hasil hantaran soley tapi tidak tepat ke sasaran.
- Keputusan terkini. Harimau muda 1-0 terengganu.
- Minit 20, 2 sepakan percuma kelantan diluar petak penalti ditampan benteng felda untuk sepakan penjuru yang juga tidak berhasil. Kelantan menguasai perlawanan dan Felda hanya bertahan, 2 pemain Felda telah menerima kad kuning.
- Keputusan terkini, Terengganu menyamakan kedudukan. terengganu 1-1 harimau muda.
- Selangor gagal menjaringkan penalti. diselamatkan Syamsuri mustafa. kedudukan masih selangor 0-0 t-team.
-Minit 27, rizal fahmi melepaskan sepakan leret yang sedikit sahaja tersasar.

Update 2:
-kelantan 1-0 Felda. Jaringan Shakir shaari minit 32. Serangan bertubi-tubi kelantan berjaya menghasilkan gol. Kelantan sememangnya patut berada di depan.

Update 3:
- Kelantan 2-0 Felda.Minit 42 jaringan penalti talaha. S. Chanturu dijatuhkan pertahanan felda yang juga dilayangkan ked kuning kedua. Felda ketinggalan 2-0 dan kini bermain dengan 10 orang.
- Masa tambahan 2 minit diberikan pengadil dan kedudukan kekal 2-0 untuk separuh masa pertama.

- keputusan terkini separuh masa pertama ;  Sabah 1-1 perak; Terengganu 2-1 harimau muda; selangor 0-0  t-team; kl 0-0 pahang; johor fc 0-0 ns.

Update 4:
- Separuh masa kedua bermula. kelantan seperti separuh pertama menyerang dari awal.
- Minit 52. Felda banyak menyerang untuk mencari gol bagi merapatkan jurang tapi Apex berjaya mengawal.

Update 5:
- Minit 60.kelantan membuat pertukaran mengeluarkan kapten, Norshahrul dan digantikan dengan Nizad ayub.

- Minit 62. Kelantan menambah gol. Nizad ayub yang masuk gantikan Norshahrul jaringkan gol ketiga kelantan. 3-0 kedudukan sekarang.

Update 6:
-Selangor dan perak sedang ketinggalan. Sabah 2-1 perak. Selangor 0- 1 t-team. Sekiranya kedudukan ini kekal, kelantan akan kembali di puncak Liga Super.
- Perlawanan Perak dan sabah sudah berakhir dengan Sabah meleburkan rekod tanpa kalah Perak. sabah 2-1 Perak.

Update 7:
-Kelantan 4-0 felda. Gol kedua Nizad ayub minit 74. Keadaan di Stadium riuh dengan sorakan penyokong The Red Warriors. Kelantan Kenduri gol malam ini.

-Kelantan hampir pasti kembali ke puncak Liga super apabila Selangor kini ketinggalan 2-0.

Update 8;

-Kelantan 5-0 felda. jaringan danial Fadzly minit 85. Kelantan melepaskan geram kalah kepada T-Team dengan membelasah Felda malam ini 5-0.

- Selangor kalah kepada t-team 2-0. perlawanan sudah tamat.

Update 9:

-Kelantan 6-0. Minit 90. k. Soley menjaringkan gol pada masa tambahan.

- Tamat permainan dengan Kelantan Menang besar membelasah Felda 6-0. kelantan kembali ke tangga teratas Liga Super.

1 comment:

  1. apa2 pn tahniah pd players yg mnjalankn tugas pada malam tu...tahniah dan..alhamdulillah,,,

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...