Tuesday 12 April 2011

Kelantan Tumbang di Tangan Perak; Kalah 4-0

Perak membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan ke 11 Liga Super 2011 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi. Ini merupakan kekalahan ke-3 kelantan musim ini dan terpaksa melepaskan takhta Liga Super kepada pasukan Selangor yang menewaskan Felda United 1-0.Kelantan jatuh ke tangga ke-4 Liga.


Perak bermula dengan baik sejak awal permainan mendahului seawal minit ke-5 menerusi jaringan solo fazrul hazli. jaringan itu sememangnya menyentak semangat Kelantan yang masih segar dari kemenangan besar 6-0 keatas felda sabtu lalu. Kelantan mula membuat serangan balas namun tidak berjaya kerana Norshahrul jelas dikawal ketat pertahanan perak. Perak akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua menerusi penyerang, Shaffik Jamal. shaffik menerima bola hantaran Akmal Rizal berjaya menewaskan Khairul fahmi. Kelantan bagaimanapun terus menyerang untuk mencari gol pertama sehingga tamat separuh masa pertama dan gagal menjaringkan sebarang gol.

Separuh masa kedua, M. Karathu membuat pertukaran dengan mengeluarkan Daudsu dan digantikan dengan S. Subramaniam. Kelantan menguasai bola pada separuh masa kedua tetapi buntu untuk mencari gol pembukaan. Perak yang sekali sekala menyerang berjaya menambah gol ketiga menerusi bekas pemain kelantan, Akmal Rizal. Akmal melepaskan rembatan kaki kiri yang dilihat mampu ditangkap Khairul Fahmi tetapi terlepas dari genggaman. Jaringan Akmal disusuli jaringan ke-4 Perak menerusi pemain gantian Razali Umar Kandasamy. Kedudukan 4-0 kekal sehingga tamat permainan.


Laporan Penuh permainan

6 comments:

  1. hahahaha..kelate..kelate..main bola apa laa camtu..dah tau tk leh nak masuk dalam penalti box, shoot laa dari jauh...skrang...dah jatuh #4..mcm biasa, pertahanan tak kental seperti musim 2010...

    ReplyDelete
  2. klh skali trus jtuh no.4..
    mata dkt2 sgt..

    ReplyDelete
  3. Elok dibuat rombakan besar-besaran pada pemain bhgn pertahanan termasuk goal keeper. Wp Kelantan terbanyak menjaringkan gol dlm 11 perlawanan (24 gol), tp mereka ke-2 terbanyak dibolosi gol (14 gol). SOMETHING MUST BE DONE NOW!!

    ReplyDelete
  4. gol keeper tu aku dh oyak doh..suh tukar ke shahrizan...apek tk leh gi dah tu..performance dah down...rasa malas doh nok caro ke bola kelate ni..koho lamo koho jatuh..mene kaloh..mene kaloh...tk konsisten lasung..karathu tk sesuai jd coach kelate..dia kena sathia jugok...2 gol bolos kesilapan apek...2 gol lg..masaloh pertahane..

    ReplyDelete
  5. biasa la..dah selesa.ramai awek minat lak tu...
    jgn terkejut pulak kalau penjaga gol utama skuad negara bertukar ke tangan panjaga gol lain..

    harap improve la apek..sedap tgk dia main tuk malaysia..

    -yeop perak.

    ReplyDelete
  6. yeahhh...
    sabi men molek ag dr kerol fahmi..

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...