Saturday 9 April 2011

Kelantan Kenduri Gol, Belasah Felda United 6-0


Kelantan menebus kekalahan keatas T-Team selasa lalu dengan menjadikan Felda United sebagai mangsa dengan membelasah mereka 6-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Keputusan ini melonjakkan kembali Kelantan keatas carta Liga Super apabila 2 pasukan teratas, Selangor dan Perak kecundang kepada lawan masing masing. Selangor tewas di gelangang sendiri 2-0 kepada T-Team dengan gol dijaringkan Norfarhan dan Indraputra manakala Perak tewask 2-1 di Kota Kinabalu ditangan Sabah.

Kelantan Mendahului 2-0 separuh masa menerusi gol Shakir dan sepakan penalti Norshahrul selepas S. Chanturu dijatuhkan dalam kotak penalti. Gol itu sememangnya menyentak semangat Felda yang juga terpaksa bermain 10 pemain selepas seorang pemain pertahanan yang mengasari Chanturu dibuang padang. Separuh masa kedua, percaturan M. Karathu yang memasukkan Nizad Ayub menggantikan Norshahrul membuahkan hasil apabila Nizad menjaringkan 2 gol sejurus selepas memasuki padang. 2 lagi gol Kelantan dijaringkan minit-minit terakhir menerusi Danial Fadzly dan Azuan Solahudin untuk melengkapkan malam gemilang The Red Warriors.


Keputusan Penuh Perlawanan Liga Super 9/4/2011

8 comments:

  1. Go Go TRW...gomo kelate gomo!!!!

    ReplyDelete
  2. biso lah klate !!

    ReplyDelete
  3. kawe nk tgk klate timbok t-team plok lepah n

    ReplyDelete
  4. kawe pn dk tggu hok tu jgokkk!!!!

    ReplyDelete
  5. salah fakta bkn 5-0 tp 6-0

    ReplyDelete
  6. bukan k soley. izuan salahudin score gol last tu. k soley dan izuan dua org yg berbeza.

    ReplyDelete
  7. dok sohor mne kltn mng lwn felda..
    hok sohor nye T-team mng lwn slgr..
    ganas boh..

    ReplyDelete
  8. kalo anda masih ingt, kltn juga mng dgn slangor masa piala sumbangsih....

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...