Monday 15 August 2011

Arsenal Akhirnya Setuju Jual Fabregas Kepada Barcelona

Setelah berlarutan sehingga bertahun-tahun, Arsenal akhirnya menyerah kalah dan melepaskan kapten mereka, Cesc Fabregas kepada Barcelona. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan berita ini di laman web rasmi arsenal.com. Barca dilaporkan membayar Arsenal 35 Juta Pound untuk pemain berusia 24 tahun itu.

Wenger memberi kenyataan bahawa Arsenal sememangnya mahu mengekalkan Fabregas tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana ini pilihan Fabregas sendiri. Beliau juga menyatakan terima kasihnya kepada bekas kapten itu dan berharap yang terbaik di masa depan. Fabregas akan menjalani ujian kesihatan bersama Barcelona hari ini sebelun menandatangani kontrak bersama kelab Catalan itu.


1 comment:

  1. akhirnya..dulu masa ronaldo belah semua fans arsenal tak percaya akan berlaku perkara yang sama dengan fabregas.."my future? only god knows but i am happy here" jawapan standard

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...