Thursday 7 July 2011

Wes Brown Sertai Sunderland

Pemain pertahanan Manchester United, Wes Brown hari ini melengkapkan perpindahannya ke Sunderland. Brown menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Sunderland dengan nilai perpindahan yang dirahsiakan. Brown merupakan antara pemain senior di United dan telah membuat 361 penampilan bersama Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu.

Brown yang kini berusia 31 tahun dikatakan mahu beraksi secara tetap dan peluang untuk beraksi dengan United terhad kerana ramai pemain yang lebih berbakat. Ferdinand dan Vidic merupakan pilihan pertama untuk pertahanan selain 3 pemain muda iaitu Evans, Smalling dan pemain yang baru dibeli, Phil Jones. Dalam kenyataan yang dikeluarkan MUFC.com, pengurus United, Alex Ferguson memberikan penghormatan terakhir kepada Brown dan berharap dia akan berjaya bersama kelab barunya itu.

O'Shea dan Gibson dilaporkan akan mengikut langkah Brown menyertai Sunderland
Selain Brown, 2 lagi pemain United dikatakan semakin hampir dengan perpindahan ke Sunderland iaitu John O'Shea dan Darron Gibson. The Black Cats dilaporkan membuat tawaran 12 Juta Pound kepada united untuk 3 pemain termasuk Brown. Jadi, Brown menjadi pemain pertama mengesahkan perpindahan dan mungkin akan diikuti O'Shea dan Gibson dalam masa terdekat.

1 comment:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...