Thursday 7 July 2011

Nasib Skuad Olimpik Bakal Ditentukan Hari Ini


Undian bagi peringkat kumpulan kelayakan Olimpik 2012 akan berlangsung hari ini dengan 12 pasukan termasuk Malaysia akan mengetahui nasib mereka masing-masing. Undian akan diadakan di Rumah AFC di Kuala Lumpur jam 3 petang.

Berikut merupakan senarai pilihan yang diletakkan berdasarkan prestasi semasa yang dinilai AFC:

1. Korea Selatan; 2. Australia; 3 Jepun; 4. Iraq; 5. Bahrain; 6. Qatar; 7. Arab Saudi; 8. Syria; 9. Uzbekistan; 10. Oman 11. UAE; 12. Malaysia

Seperti yang diramalkan oleh BBT sebelum ini, 12 kumpulan ini dibahagikan kepada 4 pot mengikut pilihan yang ditentukan oleh AFC diatas. Jadi, pasukan-pasukan akan dimasukkan kedalam 4 pot berbeza seperti di bawah:


Setiap satu pasukan dalam setiap pot akan diundi kedalam 3 kumpulan. Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung September 2011 sehingga mac 2012. Juara setiap kumpulan layak secara automatik ke Olimpik London 2012 dan 3 pasukan tempat kedua akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan play-off yang akan diadakan di tempat berkecuali. Pemenang perlawanan itu akan menentang wakil dari Afrika untuk 1 lagi tempat ke Olimpik 2012.

sumber: AFC 

1 comment:

  1. kesian malaysia pot last sekali. xpe2x, kite team underdog. tapi nanti kita kalah kan semua. haha.


    My latest entry : Natsumi Hayashi, Gadis Jepun Yang Terapung

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...