Monday 19 December 2011

Wenger: Arsenal Tiada Peluang Rangkul Gelaran Liga

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap pasukannya kini sudah tiada peluang lagi untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas tewas tipis 1-0 kepada pendahulu liga, Manchester City semalam. Kekalahan itu menyaksikan Arsenal kini ketinggalan 12 mata dibelakang City.

Sebelum perlawanan semalam, Arsenal melalui 8 perlawanan tanpa kalah dengan memungut 22 daripada maksimum 24 mata. Wenger dalam satu kenyataan kepada media melahirkan rasa kecewa dengan keputusan semalam kerana mereka boleh merapatkan jurang mata kepada 6 mata dengan City, sebaliknya mereka kini ketinggalan 12 mata.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad semalam, City menewaskan Arsenal dengan gol tunggal jaringan pemain Sepanyol, David Silva pada minit ke-53. Arsenal dinafikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Micah Richards lewat permainan dan juga gol yang dijaringkan Van Persie dibatalkan kerana offside walaupun Van Persie dilihat masih dalam kedudukan onside ketika menerima bola. Manchester City kini berada di puncak Liga dengan 41 mata, 2 mata mengatasi jiran dan pesaing terdekat, Manchester United.

1 comment:

  1. citer yg menarik....agk2 Arsenal ada can lg nie...

    http://ourm3mori3s.blogspot.com/2011/11/try-contest-winners.html

    ReplyDelete

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...