Tuesday 22 February 2011

Champions League: Apa Ramalan Anda..???

Malam ini akan berlangsung 2 perlawanan menarik Liga Juara-Juara Eropah. Apakah ramalan anda untuk 2 perlawanan ini? Apakah akan tercipta kejutan?

1. FC Copenhagen vs. Chelsea

Chelsea kini kelihatan terdesak untuk memperoleh sekurang-kurangnya 1 piala musim ini setelah terkeluar dari saingan piala FA dan ketinggalan jauh di belakang Manchester United dalam saingan liga. Inilah satunya harapan yang tinggal untuk anak-anak buah Carlo Ancelotti.prestasi Chelsea yang agak hambar kebelakangan ini juga telah menimbulkan persoalan adakah Ancelotti akan mengikut jejak langkah Roy Hodgson yang dipecat. Chelsea semestinya mengharapkan agar bintang barunya, Fernando Torres (gambar) akan membantu mereka menewaskan FC Copenhagen malam ini namun seorang lagi bintang baru mereka, David Luiz tidak boleh bermain kerana telah bermain untuk Benfica dalam kejohanan ini musim ini. Copenhagen tidak pernah kalah dalam 6 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah di tempat sendiri dan sedang mendahului Superligaen Denmark dengan 19 mata dan belum pernah tewas dalam siangan liga. Mereka adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Copenhagen bagaimanapun tidak beraksi selama lebih 2 bulan kerana cuti musim sejuk liga Denmark. Mereka mempunyai rekod kurang baik menentang kelab dari England kerana hanya menang sekali dalam 6 perlawanan. Pemain sayap, Jasper Gronkjaer menjadi taruhan utama Copenhagen untuk merobek gawang bekas kelabnya dahulu itu. Pasukan manakah yang akan menjadi pemenang malam ini?

Saksikan di Astro ESPN channel 812, 3.45 pg.

Ramalan BBT: FC Copenhagen 1-1 Chelsea.

2. Olympique Lyon vs. Real Madrid

Lyon tidak pernah tewas dalam 6 perlawanan terakhir mereka menentang Real Madrid dimana mereka menang 3 kali dan seri 3 kali. Kali terakhir adalah tahun lepas apabila Lyon menyingkirkan Real pada pusingan sama. Prestasi semasa Lyon bagaimanapun kurang memberangsangkan kerana berada di tangga ke-4 liga. Mereka pasti akan mengharapkan sentuhan penyerang berbisa, Yoann Gourcuff yang dibeli musim ini dari Bordeaux dan juga penjaga gol nombor 1 Perancis, Hugo Lloris yang banyak dikaitkan dengan Manchester United. Pasukan terkaya didunia, Real Madrid berada di prestasi yang baik walaupun masih dibelakang Barcelona dalan La Liga. Pemenang 9 kali kejohanan ini berharap mereka dapat melepasi peringkat ini setelah 6 musim terkandas di pusingan sama. Mereka perlu menjaringkan gol di Lyon, seseatu yang mereka belum berjaya lakukan dalam 3 pertemuan sebelum ini untuk mara. Kelibat Cristiano Ronaldo semestinya menjadi sandaran di samping 2 pemain baru yang lincah iaitu Angel DiMaria dan Mesut Ozil (gambar).Apa pula ramalan anda untuk perlawanan menarik ini?

Saksikan di Astro STARSports channel 813, 3.45 pg.

Ramalan BBT : Lyon 2-1 Real Madrid.

2 comments:

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...