Thursday, 17 November 2011

Syahrul Azwari Calar Ego Indonesia

Tindakan Indonesia yang menurunkan barisan simpanan untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan membawa padah apabila tewas 1-0 kepada Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi. Syahrul Azwari muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal Malaysia pada separuh masa pertama.

Syahrul yang masuk menggantikan Wan Zaharulnizam yang mengalami kecederaan biarpun hanya bermain selama 10 minit sahaja, tidak mensia-siakan peluang yang terhidang hasil daripada hantaran bijak dari Mahali Jasuli untuk mudah menewaskan penjaga gol Indonesia. Gol itu sekaligus menyentak semangat penyokong-penyokong setia Indonesia yang membanjiri stadium untuk membei sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Secara keseluruhan, Malaysia mempamerkan prestasi yang baik dengan rata-rata pemain dilihat lebih tenang ketika memegang bola. Malaysia juga bijak mengawal keadaan dan emosi biarpun ditekan hebat oleh penyokong Indonesia yang tidak henti-henti memberi provokasi kepada pemain-pemain. Tindakan pengadil yang memberi arahan supaya jurulatih, Ong Kim Swee keluar dari bangku simpanan juga tidak memberi kesan kepada persembahan pemain.

Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya mengelak bertemu pasukan Vietnam pada peringkat separuh akhir dan akan bertemu Myanmar manakala Indonesia bakal bertemu Vietnam bagi menentukan tempat ke perlawanan penentuan pingat emas.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...