Tuesday, 10 January 2012

Jadual Perlawanan Pertama Liga Super 2012 (Matchday 1)

Saingan Liga Super bermula secara rasmi hari ini dengan kesemua 14 pasukan bakal turun untuk perlawanan pertama masing-masing. Tumpuan tentunya kepada pemain import yang kembali mewarnai Liga Super selepas beberapa tahun. Mampukah Kelantan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lepas? Mampukah pasukan-pasukan lain mencabar? dan apakah kekuatan pasukan Lions XII yang pertama kali menyertai saingan Liga Super?

Berikut merupakan jadual perlawanan pertama Liga Super 10/1/2011:

Wednesday, 28 December 2011

M. Karathu: Kelantan Pasukan Pilihan Rangkul Liga Super 2012

Bekas jurulatih Kelantan, Dato' M. Karathu memilih pasukan Kelantan sebagai pasukan pilihannya untuk muncul juara sekaligus mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk musim 2012. Karathu yang bertanggungjawab membawa Kelantan menjuarai Liga untuk kali pertama musim lepas membuat pilihan berdasarkan kekuatan yang dimiliki pasukan itu yang kini dibimbing Peter Butler, yang juga pernah menjadi jurulatih Kelantan beberapa musim lepas.

Tambah Karathu lagi, pasukan yang terkenal dengan jolokan The Red Warriors itu kini berada di landasan yang terbaik dibawah bimbingan Butler. Mereka juga semakin pantas di bahagian serangan dan semakin kukuh di bahagian pertahanan. Pasukan Kelantan membuat perubahan besar dengan menggugurkan beberapa pemain serta memanggil kembali 3 pemain kontroversi yang berpindah ke pasukan T-Team musim lepas, Indra Putra, Nor Farhan dan Azizi.
Indra kembali menguatkan pasukan Kelantan
Kelantan turut diperkuatkan dengan 4 pemain import, iaitu Ghaddar, Antwi, Okine dan Charara yang khususnya untuk beraksi di kejohanan Piala AFC buat pertama kalinya musim ini. Karathu bagaimanapun menyatakan sukar untuk membuat ramalan keupayaan Kelantan di Kejohanan peringkat Asia itu.

The Red Warriors bakal memulakan aksi musim ini dengan perlawanan Piala Sumbangsih menentang Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan, 7 Januari ini di Kota Bharu sebelum memulakan aksi Liga Super menentang pasukan remaja Singapura, Lions XI 3 hari kemudian. Malam ini Kelantan bakal menentang pasukan Jaura Liga prima Indonesia, Persebaya FC dalam perlawanan timbal balik bagi merebut Piala Permai di Surabaya.

Sunday, 25 December 2011

Higuain Jadi Rebutan Chelsea, Juventus

Penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain kini diburu 2 kelab gergasi Eropah, Chelsea dan Juventus. Walaupun masih mempunyai kontrak bersama Real, Higuain dikatakan kurang gembira apabila jarang mendapat tempat di kesebelasan utama Real dengan pengurus, Jose Mourinho lebih meminati penyerang Perancis, Karim Benzema.

Cavani juga dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge
Chelsea yang sudahpun kehilangan Nicolas Anelka yang berhijrah ke kelab China, Shanghai Shenhua, turut bakal kehilangan khidmat Didier Drogba selam hampir sebulan untuk kejohanan Piala Negara Afrika bulan depan dicampur dengan prestasi buruk Torres, kini dilihat terdesak untuk mencari penyerang baru. Turut dikaitkan dengan Chelsea adalah seorang lagi penyerang, Edinson Cavani dari Napoli. Higuain yang kini berusia 24 tahun dilaporkan bernilai hampir 25 Juta Pound.

Saturday, 24 December 2011

Wenger Mahu Thierry Henry Kembali ke Arsenal

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger hari ini dilaporkan sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan mengambil kembali Thierry Henry menyertai skuad The Gunners Januari ini. Namun, Wenger bukannya membuat tawaran untuk membeli pemain yang pernah dianggap yang terbaik pernah dimiliki Arsenal itu, tetapi ianya hanyalah secara pinjaman.

Henry kini masih lagi mempunyai kontrak bersama kelab MLS, New York Red Bull baru sahaja menamatkan musim di Amerika Syarikat dan tidak akan bermain sehinggalah musim baru bermula pada Mac 2012. Henry, 34 tahun, yang juga kini berlatih bersama-sama Arsenal untuk kekal cergas sepanjang 'cuti', bagaimanapun belum memberi sebarang komen tentang perkara itu.

Gervinho bakal mewakili Ivory Coast di kejohanan Piala Negara Afrika
Kekurangan penyerang yang konsisten berkemungkinan besar menjadi punca Wenger berfikir untuk mendapatkan Henry kembali untuk tempoh singkat. Prestasi Nicklas Bendtner agak kurang menyerlah musim ini dan Arsenal kini bergantung harap sepenuhnya kepada kapten mereka, Robin Van Persie seorang untuk mencari gol. Tambah lagi, Arsenal bakal kehilangan 2 lagi penyerang, Gervinho dan Chamakh yang akan bertanding di kejohanan Piala Negara Afrika bulan depan. Mungkin langkah Arsenal untuk mendapatkan Henry satu idea yang bijak memandangkan pengalaman luas Henry bersama Arsenal dulu yang memungkinkan dia akan mudah serasi bersama skuad Gunners.

Friday, 23 December 2011

Safee Sali "Dilarang" Mewakili Malaysia..???

Penyerang kebangsaan, Safee Sali berdepan kemungkinan tidak dapat beraksi mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa sekiranya konflik yang melanda Liga Indonesia, dimana disertai Safee, tidak dapat diselesaikan. Safee yang masih dalam kontrak bersama kelab Pelita Jaya berhasrat untuk kekal bersama kelabnya itu namun sekiranya krisis Liga bolasepak Indonesia masih berlarutan, Safee tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah ke kelab lain.

Krisis Liga Indonesia bermula apabila liga utama negara itu berpecah 2 kepada Liga Perdana Indonesia (Indonesian Premier League)- yang mana diiktiraf oleh Persatuan Sepakbola seluruh Indonesia (PSSI) dan juga Liga Super Indonesia (Indonesian Super League) yang diuruskan satu badan yang tidak diiktiraf PSSI. Kebanyakan kelab-kelab besar memilih untuk menyertai Liga Super Indonesia yang dilihat lebih baik termasuklah kelab Pelia Jaya. Keadaan ini menyebabkan PSSI meminta campur tangan FIFA dan sekiranya Liga Super Indonesia dianggap tidak sah oleh FIFA, maka pemain-pemain yang menyertai liga itu bakal hilang kelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan masing-masing dalam kejohanan anjuran FIFA termasuklah perlawanan persahabatan antarabangsa.

Kelab Brisbane Roar FC mungkin menjadi destinasi Safee
Safee yang ditanya mengenai permasalahan ini menyatakan bahawa beliau agak keliru dengan situasi sebenar dan masih menunggu keputusan yang bakal diambil oleh PSSI dan FIFA. Beliau menambah, sekiranya FIFA mendapati Liga Super Indonesia tidak sah, beliau tentunya akan memilih untuk berhijrah supaya beliau tidak dihalang daripada mewakili pasukan kebangsaan. Jika liga itu sah, Safee gambira untuk terus kekal disitu. Safee turut dikaitkan dengan sebuah kelab liga A-League Australia, Brisbane Roars yang dipunyai oleh Keluarga Bakrie, yang juga pemilik kelab Pelita jaya.

Thursday, 22 December 2011

Chelsea Berminat Dapatkan Khidmat Gary Cahill

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan Bolton dan England, Gary Cahill musim perpindahan Januari ini. Pemain berusia 26 tahun itu akan tamat kontrak bersama Bolton penghujung musim ini dan masih belum menandatangani kontrak baru. Prestasi buruk Bolton musim ini juga manambah lagi spekulasi mengenai penghijrahan keluar pemain ini.

Selain Chelsea, Arsenal juga dikatakan sedang mengikuti perkembangan Cahill di Bolton dengan penuh minat. Chelsea kini mencari pengganti kepada Alex yang dilaporkan meminta untuk keluar dari Chelsea kerana tidak mendapat tempat dan jarang diturunkan dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini. Alex juga dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Bolton kini berada di tangga ke-19 liga manakala Chelsea berada di tangga ke-4 dibelakang Spurs yang bakal ditentang mereka awal pagi esok.

Wednesday, 21 December 2011

Ranking FIFA: Malaysia Melonjak 7 Anak Tangga

Ranking terbaru yang dikeluarkan FIFA hari ini menyaksikan Malaysia melonjak 7 anak tangga ke tangga 148 berbanding 155 untuk bulan lepas. Ini adalah kenaikan tertinggi dalam tahun ini selepas beberapa kali mengalami kejatuhan dalam ranking. Di kalangan negara Asia pula, Malaysia menduduki tangga 26 daripada 46 negara. Jepun masih lagi mengekalkan reputasi sebagai pasukan terbaik Asia berada di tangga 19.

Vietnam kini menjadi pasukan terbaik ni rantau Asia Tenggara di tangga ke-99 mengatasi Thailand yang berada di tangga 122. Vietnam naik 35 anak tangga berbanding tangga ke-134 sebelum ini. Pasukan Jiran, Indonesia dan Singapura pula masing-masing berada di 142 dan 145. Kedudukan pasukan gergasi seperti Sepanyol, Belanda dan Jerman tidak berubah di 3 tangga teratas.

Berikut Senarai ranking terbaru FIFA:

1. Sepanyol
2. Belanda
3. Jerman
4. Uruguay
5. England
6. Brazil
7. Portugal
8. Croatia
9. Itali
10. Argentina
.
19. Jepun
99. Vietnam
122. Thailand
142. Indonesia
145. Singapura
148. Malaysia

sumber: FIFA

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...