Saturday 7 December 2013

Undian Piala Dunia FIFA Brazil 2014

Berikut merupakan keputusan Undian Piala Dunia yang akan berlangsung di Brazil 2014:

Piala Dunia akan bermula pada 12 Jun hingga 13 Julai 2014 di 12 buah bandar sekitar Brazil.

Thursday 28 November 2013

Ranking Terbaru FIFA: Malaysia Naik 2 Anak Tangga

Rangking terbaru FIFA yang dikeluarkan pada 28/11/2013 menyaksikan kedudukan Malaysia kini berada di tangga ke-158 dunia berbanding tangga ke-160 bulan lepas. Malaysia juga kini berada di tangga ke 31 dikalangan negara Asia dan tangga ke-5 di Asia Tenggara.

Di Peringkat Dunia, Sepanyol masih kekal menerajui diikuti Jerman dan Argentina dengan Portugal, yang baru sahaja mengesahkan tempat di Piala Dunia Brazil 2014 melonjak ke tangga ke-5; naik 9 anak tangga di belakang Colombia. Brazil pula kembali berada di senarai 10 terbaik.

Iran kini menjadi pasukan terbaik di Asia memintas kedudukan yang selama ini diterajui Jepun manakala di peringkat AFF, Filipina menjadi pasukan ranking tertinggi dikedudukan 133 Dunia. Meskipun mengalami 3 kekalahan sepanjang bulan lepas, Malaysia masih mampu menaiki 2 anak tangga. Berikut kedudukan ringkas pasukan bola sepak Dunia;

Ranking Dunia:
1. Sepanyol
2. Jerman
3. Argentina
4. Colombia
5. Portugal
6. Uruguay
7. Itali
8. Switzerland
9. Belanda
10. Brazil
lain-lain pasukan
13. England
19. Perancis
45. Iran (No 1 AFC)
133. Filipina (No 1 AFF)
140. Myanmar
142. Thailand
154. Singapura
158. Malaysia
158. Vietnam



sumber: http://www.fifa.com/worldranking/rankingtable/

Saturday 28 January 2012

Kedudukan Carta Liga Super 28/1/2012

Kedudukan 3 pasukan teratas Liga Super tidak berubah apabila ketiga-tiga pasukan Kelantan, Terengganu dan Perak masing-masing mencatat kemenangan. Kedah dan Kuala Lumpur juga mengekalkan kedudukan di bawah liga selepas gagal untuk mencatat kemenangan pertama mereka musim ini. Berikut merupakan kedudukan terkini Carta Liga Super selepas 5 perlawanan:

Keputusan Perlawanan Liga Super 27&28/1/2012 (Matchday 5)

Kelantan meneruskan rekod cemerlang apabila mudah menewaskan pasukan tangga tercorot Liga Super, Kuala Lumpur di Kota Bharu. Gol-gol Kelantan disumbang oleh Norshahrul Idlan Talaha, badhri Radzi dan juga pemain import, Dennis Antwi. Terengganu juga cemerlang apabila menundukkan pasukan Lions XII di Stadium Jalan Besar menerusi jaringan tunggal Francis Forkey. Berikut merupakan keputusan penuh semua perlawanan yang berlangsung semalam dan hari ini:



Jadual Perlawanan Liga Super 2012 (Matchday 5)

Pendahulu Liga Super, Kelantan bakal menerima kunjungan pasukan tercorot Liga, Kuala Lumpur dalam perlawanan ke-5 Liga malam ini. Terengganu pula bakal berdepan pasukan Lions XII di Singapura. Berikut jadual penuh semua perlawanan Liga Super yang berlangsung malam ini.:

Wednesday 11 January 2012

Kedudukan Carta Liga Super 11/1/2012

Selepas perlawanan pertama Liga Super, T-Team berada di tangga teratas carta Liga Super 2012 hasil kemenangan selesa 3-0 keatas Kedah semalam. Berikut kedudukan terkini Carta Liga Super:

Keputusan Perlawanan Liga Super 10/1/2012 (Matchday 1)

Berikut merupakan keputusan semua perlawanan minggu pertama saingan Liga Super 2012 yang berlangsung semalam.

Nuffnang ads

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...